Monday, June 6, 2011

AKU seorang PELAJAR-dulu,kini dan selamanya....

AKU seorang PELAJAR
DULU, maksud pelajar bagi aku adalah pelajar sekolah, Darjah 1-6 blajar ABC, 123, tambah tolak darab bahagi, Tingkatan 1-5 upgrade sikit, blajar sastera, theorem Pythagoras serta rumus yang pelbagai, pelajar kolej, pelajar universiti blajar teori...teori Maslow, teori Skinner, mcm2 jenis teori.
lepas tu, ada exam utk menguji tahap kita..

KINI, bila sudah agak dewasa, aku masih lagi belajar. belajar memahami...ini tidak terdapat di dalam silibus di mana2 sekolah. memahami perasaan org lain, belajar menghargai orang sekeliling, belajar mencintai dan dicintai dan mencari diri....ini kita dapat drpd pengalaman. itu juga dipanggil belajar...'belajar dari pengalaman'
teringat satu lirik lagu..

pengalaman..
telah mendewasakan
mematangkan fikiran...
pahit getir yang pernah ku lalui
guruku sejati...

teringat juga kata-kata seorang pensyarah masa di UNIMAS, masa blajar LIFESPAN, dia kata, "biarkan anak2 kita terjatuh, biarkan dia menangis bila terjatuh...biarkan...sebab itu adalah pengalaman pertama belajar berjalan..."
"biarkan anak2 kita panjat meja..bila dia jatuh, di hari lain dia akan teringat kejatuhan itu dan akan lebih hati2..itu adalah pengalaman"
memang ada betulnya kata2 pensyarah ku waktu itu..
pengalaman mengajar kita...
dalam hidup pun ada ujian juga, untuk menguji kita. uji tahap iman, uji akal, penaakulan, membuat keputusan dll...ujian ALLAH s.w.t

DI SINI, aku ada satu persoalan. kenapa ibubapa sekarang terlalu manjakan anak2 mereka. kalau dulu, aku mengadu kat mak ayah pasal cikgu pukul aku di sekolah, dia akan pukul aku balik. sekarang, nak jentik pelajar2 sekolah sikit punyalah susah. tunggu la Berita Terkini TV3 malam nanti, confirm ada..tajuk utama.
belajar daripada pengalaman adalah lebih indah, wahai Ibu Bapa tercinta. biarkan anak2 anda meneroka dunia mereka tetapi di bawah pengawasan anda..(bukan nk ngajar org tua ngaja anak..,juz beri pendapat)

SELAMANYA, kita adalah seorang pelajar di bumi ini. tidak semestinya pelajar sekolah adalah pelajar, tidak semestinya pelajar universiti adalah pelajar...bukan hanya mereka..tetapi seorang guru juga pelajar...GURU mendidik, mengajar dan juga BELAJAR daripada anak didik mereka. BELAJAR maksudku di sini ialah belajar erti sabar, belajar cara kontrol kelas, belajar 'menjinakkan' anak didik supaya mereka mahu BELAJAR..
IBUBAPA... mereka mendapat ilmu keibubapaan daripada sekeliling mereka, anak2 mereka dan keluarga mereka..
siapapun kita, kita adalah PELAJAR...
ambillah ilmu sebanyak manapun daripada sekeliling anda,org sekeliling anda dan benda sekeliling anda..anda akan kenali siapa anda sebenar..

AKU seorang PELAJAR
dan masih BELAJAR
AKU mahu BELAJAR lagiiiiii....

regard:
life is beautiful
and wonderful
don't waste it...

Thursday, June 2, 2011

Ceritera cinta seorang AKU - 4

Seorang pemuda melangkah masuk ke pintu restoran. Daripada gambar yang pernah aku tengok sebelum ini, itu adalah bakal suamiku. Dia menghampiri meja AKU. Aku semakin yakin bahawa itu adalah pemuda yang telah dijodohkan dengan ku. Agaknya inilah Asyraf Haiqal. Tetapi, kehadiran seorang gadis cantik disebelahnya membuat aku tertanya-tanya.

Asyraf :: Mia Qasandra??

Aku hanya menganggukkan kepala mengiakan. Dia menarik kerusi untuk gadis di sebelahnya sebelum dia duduk, mendepaniku. Aku mengunci diri. Kehadiaran seorang gadis bersamanya seakan telah mengunci mulutku untuk berbicara mahupun bertanya khabar.

Gadis :: Owh, jadi ini ke bakal isteri abang..???

Gadis tadi bertanya sinis. Aku tersenyum pahit. Siapalah agaknya perempuan ni. Dia memaut tangan pemuda itu dengan erat. Asyraf pula mengusap tangan gadis itu mesra.

Asyraf :: Perkenalkan, ini Arisa isteri saya.

Aku terpaku. Asyraf sudah mempunyai isteri, tetapi kenapa dia masih bersetuju dengan perkahwinan ini. Aku tidak faham dengan gaya pemikiran lelaki itu. Apa sebenarnya yang dia mahukan dari perkahwinan ini.

AKU :: Kalau awak sudah berkahwin, kenapa awak bersetuju dengan rencana pernikahan kita. Dalam masa sebulan lagi kita akan menikah.

Aku memberanikan diri bertanya padanya. Aku tidak mahu sebarang masalah timbul selepas perkahwinan kami nanti. Walaupun perkahwinan kami bukan atas dasar cinta, tetapi atas dasar tanggungjawab terhadap keluarga, aku tetap berharap agar perkahwinan ini akan kekal selamanya. Aku amat mengharapkan agar aku bahagia dengan perkahwinan ini.

Asyraf :: Kita akan tetap berkahwin, menjadi pasangan suami isteri di hadapan papa dan mama. Tapi, Arisa akan tetap menjadi isteri saya yang sebenar.

AKU :: What do u mean???

Aku bengang dengan jawapan Asyraf. Lelaki tidak berpendirian. Dia ingat aku ni apa. A toy??

AKU :: No way, Asyraf. Kalau macam ni aku tidak akan berkahwin dengan kamu.

Asyraf :: So, kamu nak batalkan perkahwinan ini?? Baiklah, saya tak kisah. Awak bagitahu kat mama dan papa awak yang awak tak mahu kahwin. Boleh??

Aku terdiam. Aku mula sedar, aku dan Asyraf tidak mempunyai banyak pilihan dalam perkara ini. Apa pilihan yang aku ada. Jika aku membantah perkahwinan ini, papa pasti akan marah. Kalau papa sudah buat keputusan aku dan mama tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantah keputusan papa lagi. Tetapi adakah aku sanggup menjadi isteri kedua kepada lelaki ini. Satu perkara yang menghairankan aku, kenapa ibu bapa Asyraf masih bersetuju untuk mengahwinkan aku dengan anak mereka sedangkan Asyraf sudah mempunyai isteri. Dan kenapa mama dan papa berkeras mahu menjodohkan aku dengan Asyraf. Ya ALLAH, sekiranya ini salah satu ujian dari-Mu kau tabahkanlah hati ku untuk menghadapinya. Kau kuatkan lah hatiku untuk menghadapi semua ini.

Aku balik ke Villa Karmila dengan perasaan sebal. Aku sememangnya tidak menyetujui perkahwinan ini, tetapi aku mengharapkan yang terbaik dalam hidupku. Bukannya menjadi isteri kedua kepada seorang lelaki yang sangat dangkal pemikirannya. Kenapa harus memaksa terus untuk berkahwin, andai dia sudah mempunyai pilihan hati. Papa, what so great about him sehinggakan papa sanggup menjodohkan aku dengannya. Aku tidak kisah jika papa ingin menjodohkan aku dengan sesiapa pun. Tetapi bukan dia.

Aku membuang pandang ke siling ketika pintu bilik ku diketuk. Pintu terkuak setelah aku mengarahkan masuk. Mama terpacul di muka pintu dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. Barangkali, dia gembira anak gadis dia satu-satunya akan berkahwin tidak lama lagi.

Mama :: Macam mana perjumpaan tadi??

Aku menjawab soalan mama dengan senyuman. Biarlah mama menyangka semuanya baik-baik sahaja. Aku tidak mahu membebankan mama dengan pelbagai masalah lagi.

AKU :: Ok saja, ma.. mama jangan risau,k.

Mama :: Mama gembira sebab akhirnya kamu bersetuju untuk berkahwin dengan Asyraf. Dia adalah pilihan yang terbaik untuk kamu. Mama yakin kamu akan bahagia bersama.

AKU :: Mia pun harap macam tu juga, ma.

Mama senyum, bahagia. Tapi ma, Mia merasakan ini pengakhiran hidup Mia. Mia tidak nampak jalan bahagia bersama Asyraf. Dia sudah beristeri ma. Mia ni bakal isteri kedua, isteri kedua ma. Macamana Mia nak menghadapi semua itu. Air mata jatuh di pipiku tanpa aku sedari.

Mama :: Kenapa menangis ni sayang.

Aku tersentak dengan teguran mama. Aku cepat-cepat menyeka air mata yang sudah mengalir di pipi.

Mama :: Mia kenapa ni sayang?

Mama bertanya lagi, dengan penuh keprihatinan. Aku tidak sanggup membiarkan mama tertanya-tanya. Aku hanya menggelengkan kepala.

AKU :: takde apa2 lah ma. Mia menangis kerana gembira. Tak lama lagi Mia akan menjadi isteri orang. Mama pula akan dapat menantu, kan. Mama tak gembira ke??

Aku berdalih agar mama tidak banyak soal. Mataku memandang tepat ke dalam mata mama, dan tangannya ku genggam erat, aku memerlukan kekuatan dan semangat dari mama untuk mendepani hidup sebagai isteri kedua.

Mama :: mama gembira sangat sayang.

Mama senyum dan menggenggam erat tanganku, memberikan kekuatan. Mama tahu, kamu tidak setuju dengan perkahwinan ini,tapi mama tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantah kata-kata papa. Maafkan mama sayang. Mama meminta diri balik ke biliknya. Aku hanya menganggukkan kepala dan menghantar langkah mama dengan pandangan kosong ke pintu. Aku masih memikirkan kejadian di perjumpaan pertama kami tadi.