Sunday, September 26, 2010

Raya datang lagi...

Foto kenangan di pagi raya bersama keluarga.

Ayah: Seman bin Abdul Razak dan Mak: Ma'eraj binti Chek

Dari kiri: Abdul Razak, Arman dan Zulfakri (xde dalam gambar: Mohd Zakaria-beraya di umah mak mertua)

me, mom n my sis...

4 dara pingitan: Nabillah, Zaimah, me n Siti Azierah

my family....

get ready...

regard:
"life is beautiful"

Monday, September 20, 2010

10 petanda Si Dia jodoh anda



Gunakan Seluruh Pancaindera


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui si dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah swt mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan si dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri.” Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang Maha Berkuasa.

10.Solat Istikharah Dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah swt. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang Maha Esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjuk Nya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepada Nya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


[Ditulis oleh Hj Abdul Samad]

Sumber: Thanks to my beloved friend Zuryah. Got this from her FB. Klik sini.


regard:
"Life is beautiful, love it"

Friday, September 17, 2010

Aku bila lagi????

Minggu ni kazen saya kawen Adik saya yang jadi make-up artist (mak andam)
Sebentar tadi dia sibuk bersiap nak ke rumah kazen saya ni, nak siapkan pelamin
Pakaian bersanding n untuk majlis akad nikah pun dia baru je siapkan tadi

Bila tengok dia busy macam tu, saya pun terfikir
"bila la pulak giliran saya ye?"

InsyaALLAH...jodoh saya akan datang juga suatu saat nanti...

mak andam terlampau...
ooopppssss...terlebih sudah..


regard:
"life is beautiful..love your life"

Monday, September 13, 2010

Selamat Hari Raya 2010

Lagi sekali terlambat nak update blog ni..hari ni dah masuk 8hari umat islam beraya. hari ni saya nak kongsi kemeriahan hari raya di Sarawak. Saya dah sediakan semua bahan yang saya nak kongsikan bersama rakan2 di sini.
Seperti biasa, apabila menjelang hari raya, semua sibuk menyediakan juadah berhari raya. di rumah saya apatah lagi, mmg saaaangat busy.Adik saya sibuk menjahit baju (lbh2 lg dia mengambil tempahan menjahit), mak pula ambil tempahan membuat kuih2 tradisional...so tinggal saya untuk sediakan kek raya. raya tahun ni saya buat kek ala kadar sahaja. Hanya 2 jenis kek dan ada beberapa jenis biskut yg x berapa nak menjadi (biskut bkn kepakaran saya-leceh)
Juadah tradisional raya di sarawak antaranya adalah kelupis. Dlm kesibukan, mak sempat siapkan kelupis, ayah ada tolong. Maklum, ni kan mknn fav ayah..
ayah pun sibuk nak tolong.


Lagi pic kat bawah.....



ok la...setakat ini aje la dulu..lain kali upload gambar lagi....

Life is beautiful..!!!!

Friday, September 3, 2010

Hati Si Pari-pari

Siang tadi saya buat kek. teringat lak kat kengkawan..tahun lepas saya bawa kek ke kelas, nak bagi kawan2 rasa..maklumlah, kat sarawak mmg terkenal dengan kek lapis. jadi saya pun bawa la ke kelas.ramai gak yang bawa kek n biskut lepas raya ke kelas. ada satu kek ni yang saya bawa ke kelas (bukan kek lapis, tapi saya rasa kek ni yang paling sengsara nak buat..saje propa..hahaha). ramai yang minta resipi kek ni...KEK HATI PARI..tapi saya suka bagitau kawan2 nma kek ni KEK HATI SI PARI-PARI. diorang percaya jugak...rasa nak gelak pun ade...(sory geng)

untuk tidak mengecewakan rakan2, ni saya turunkan resipi saya untuk kwn2 yang minta hari tu..(maaf la lambat banyak)

BAHAN-BAHAN:
16oz mentega
10 biji telur (2 biji dibuang putih)
1 kg tepung gandum
1/2kg gula merah
2 gelas gula halus (1 gelas dicairkan)
2 keping coklat cadbury (dicairkan)
2 sudu teh tepung bicarbonate
1/2kg kismis hitam n 1/2kg kismis kuning(ditumbuk halus)
1botol kecil horlick
7 sudu teh gula hitam (browning sugar)


CARA MEMBUATNYA:


1. Pukul mentega, segelas gula halus dan gula merah hingga kembang n sebati.

2. Setelah adunan di atas kembang, masukkan telur satu persatu sehingga habis. 2 biji telur hendaklah dibuang putihnya. pukul lagi sehingga kembang.


3. Seterusnya, masukkan tepung gandum, dan horlick. Gaul sehingga rata.

Memasukkan browning sugarCoklat cadbury yang telah dicairkan.
4. Selepas itu, masukkan pula browning sugar dan coklat yang telah dicairkan. Gaul lagi sehingga rata.


5. Setelah adunan tadi rata, masukkan pula kismis yg telah ditumbuk halus tadi. Gaul hingga rata.

6. Akhir sekali masukkan gula yang telah dicairkan ke dalam adunan. Gaul rata dan kukus selama 6-8 jam.
gula pasir yang telah dicairkan.

Beginilah rupa kek anda nanti setelah siap dikukus.


SELAMAT MENCUBA!!!!!!!!!!

Life IS Beautiful!!!

Wednesday, September 1, 2010

CERITERA CINTA SEORANG "AKU" - 2

Walaupun masih dalam keadaan terkejut, enam sahabat itu tetap menyahut salam daripada bekas kekasih AKU. Penampilannya banyak berubah, percakapannya penuh sopan santun. Sebelum ini pun sopan santun jugak, tetapi setiap kata yang dituturkan kini amat teratur. Wajahnya juga lebih tenang berbanding dahulu.
Kekasih: Syukur Alhamdulillah. Semua sahabat berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang. Tahniah.
AKU: Alhamdulillah. Tahniah juga pada awak kerana telah menang anugerah khas dekan.
Kekasih: Alhamdulillah. Yang baik semuanya datangnya dari ALLAH.
Sahabat: Eric sekarang sudah banyak berubah, ya.
Kekasih: Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH. DIA telah membukakan hati saya. Buat pengetahuan semua, saya sekarang bukan lagi Eric Chong yang kamu semua kenal dahulu. Saya sekarang adalah Adam Faiz bin Abdullah.

AKU dan sahabat tidak terkata apa-apa. Eric Chong kini adalah Adam Faiz bin Abdullah. Di dalam hatiku tidak henti-henti mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi. Lelaki yang duduk di hadapan kami sekarang adalah seorang muslim, bukan lagi lelaki cina tiada pegangan agama, yang pernah aku cintai dahulu. Dan masih aku cintai hingga detik ini. Dahulu dia adalah lelaki yang bebas, namun amat menghormati agama lain.

2 years before.
Eric: saya sukakan awak.
Aku: owh…really. Thanks.
Eric: I’m serious.
Aku: yeah…tapi takkan la serious sampai nak kawin kan?? (dalam nada bergurau)
Eric: Yes. Kalau awak sudi.

Aku masih ingat lagi ‘lamaran tidak rasmi’ Eric pada suatu malam selepas kami mengadakan perbincangan mengenai esaimen kami. Aku tergelak besar. Aku sangat yakin Eric hanya bergurau. 100 peratus sangat yakin.

Eric: Saya tahu awak tidak mungkin akan percaya dengan pengakuan saya ini. Tapi, saya tenang bila berada bersama awak. Saya tidak pernah merasai ketenangan ini sebelum ini. Apa yang saya rasakan apabila bersama awak adalah sangat berbeza.

ahh...tak mungkin la.Eric sukakan aku.mati hidup semula pun aku tidak akan percaya dan aku tidak mungkin dapat menerima dia. bukan kerana perbezaan agama,budaya,bangsa, tapi memang tidak mungkin.ini mustahil..semua orang kenal Eric-buaya tembaga. sering bertukar pasangan. kadang-kadang baru seminggu bersama, dia dah bersama gadis lain. memang sangat jauh bezanya dengan AKU yang setia ni..hek hek. ahhh...buat apa nak fikirkan sangat si buaya tembaga tu.buat pening kepala je. aku kenal sangat dengan si Eric ni.pantang tengok perempuan berdahi licin. muka dia bukan hensem sangat pun. tapi manisnya memang ada lah..aku kenal Eric...dia selalu cerita tentang kekasih dia yang bermacam2 ragam tu..aku pun pusing gak kadang2 tu. AKU masih ingat lagi suatu ketika, sebelum Eric 'melamar secara x rasmi'.....

Eric: you know what?? i kenal seorang gadis. cantik maaa...
AKU: u tak ckp pun, i'll find out bout it later..
Eric: tapi, i nak u tau dari mulut i sendiri..
AKU: ok..ceritalah..
Eric: esok i kenalkan dia kat u..k
AKU: hmmm...ok.but, tell me her name.
Eric: beutiful Maria...(sengih-sengih...myb terbayangkan mka Maria kot)
AKU: habis..si Vivian tu..u letak mana.
Eric: i have nothing to do with her. (dengan bangganya)
AKU: memang dasar womanizer la u ni..buaya tembaga, u know?
Eric: i dun know la buaya tembaga..but i know buaya konkrit.hahaha

aku geleng kepala. nak tergelak pun ada. terbayang buaya-buaya konkrit di tebingan Kuching..mmg pandai jugak si Eric ni melawak.

Eric: tapi, i tak pernah merosakkan diorang tau. i tau batas2 i..i juz hang out je. may be sbb tu, u igt i ni womanizer..
AKU: no komen...

sekarang: 2.40pm, di beranda villa..
AKU merenung cincin berlian yang terletak elok di jari manisku. adakah Eric perasan cincin di jariku ini. entah apakah perasaan aku sekarang. selepas pertemuan semula dengan Eric semalam, aku rasa semacam. banyak persoalan yang berlegar di fikiranku sekarang.
"saya sekarang adalah Adam Faiz bin Abdullah"...itu adalah persoalan terbesar buat AKU..tapi, AKU sangat bersyukur kerana akhirnya Eric Chong memilih untuk menjadi seorang 'Adam Faiz'. Alhamdulillah..