Friday, May 24, 2013

Ceritera Cinta Seorang AKU - 5

Sebulan bukan lah lama lagi. Sebulan..... Aku lirih. Hanya sebulan sahaja lagi. Adakah aku mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah. Isteri kedua yang solehah. Adakah Ashraf Haikal jodoh yang telah tertulis untukku?? Adakah ini takdirku, menjadi isteri kedua??
Ya Allah, jika benar Ashraf Haikal jodohku, Kau dekatkan lah hati kami...jika dia bukan untukku,kau jauhkan lah hati kami.

Mia menyandarkan tubuhnya di kerusi. Aku harus redha dengan perkahwinan ini. Aku harus melupakan Eric. Eric bukan untuk aku. Mungkin dia juga sudah bertemu dengan jodohnya yang berjaya menjadikan dia seorang 'Adam Faiz'. Ya, lupakan Eric dan cuba terima Asyraf. Itulah azam aku.

"Mia....hei,kenapa ni..mengelamun saja dari tadi. Aku ketuk pintu pun kau buat tak tahu aje ye." tegur Sarah sambil melayangkan tangannya di muka ku. Sarah merangkap setiausaha dan sahabat baik aku sudah berada di hadapan aku. Aku sama sekali tidak perasan Sarah masuk ke dalam bilik. Aku senyum ketat memandang wajah Sarah.

"mia...kau xblh la mcm ni. Sekarang bkn masanya kau nak buat perangai,tahu tak..kau dah setuju,tak dapat nak tarik diri sekarang" ujar Sarah. 

Dia sentiasa dapat meneka perkara yang sedang aku fikirkan sekarang. Aku tidak pernah berselindung daripada Sarah, cuma satu perkara tidak aku ceritakan, iaitu bakal menjadi isteri kedua kepada Asyraf. Sahabatku dari zaman persekolahan itu sangat memahami. Biarpun kami terpisah di menara gading,namun kami tetap akrab. Sekarang kami  merupakan rakan sekerja. Sarah menjadi setiausaha aku bukan kerana dia sahabat aku, tetapi kerana kelayakan yang dimilikinya. Biarlah apa orang nak kata, yang penting aku tahu perkara yang aku lakukan.

"kau masuk bilik aku ni,apahal?" aku mengubah hala perbincangan. Tidak mahu berdebat masalah yang sedang aku hadapi sekarang.
"Marah nampak. Janganlah marah bos," usik Sarah. Aku senyum.
"Itulah kau, mengelamun saja dari tadi. Aku dah jumpa pekerja baru kita tu. hensem tau, budak cina. Tapi aku pelik, dia pakai kopiah" 
Aku mengangkat kening mendengar cerita Sarah. Cina berkopiah? Aku mengulang dalam hati. Ungkapan itu mengundang senyum di bibirku.

"muallaf kot.." aku menjawab. Sarah mengangguk mengiakan kata-kataku.

"siapa nama dia?" soalku.

"bos takkan la tak tahu nama pekerja sendiri"

"Sorry ye. Aku kan cuti bertunang hari tu, lupa ye? Cakap la,siapa nama dia" sarah senyum. Dia tahu tapi sengaja mengusik aku. 

Ya, temuduga kerja dijalankan pada hari pertunangan aku beberapa bulan lepas. Jadi,aku tidak tahu-menahu mengenai calon pekerja baru yang menggantikan tempat Rahmat,pengurus projek yang dipecat kerana penyelewengan.

"Aku tak ingat la mia. Sorry bos" Sarah meminta maaf sambil menunjukkan muka sepuluh sennya itu. Aku senyum. Ada-ada sahaja perangai minah ni.

"Oh ya, Mia. Hampir aku terlupa.  Ni fail-fail yang perlu kau sign. Dan jangan  lupa, pukul 2.00 petang ni meeting dgn Datuk Megat. Hati-hati dengan dia tu..." Sarah sempat mengingatkan aku tentang perangai Datuk Megat sambil mengenyitkan matanya. Aku menjegilkan mata ke arah Sarah dan dia lantas berlari ke arah pintu sambil tergelak. 

Ahh... Datuk Megat. Aku sememangnya tidak gemar berjumpa lelaki hidung belang itu. Isteri sudah tiga,tapi masih tidak puas hati. Nak cukupkan kuota katanya, ketika mengganggu aku. Tetapi apa daya aku, Datuk Megat merupakan pelabur yang berpotensi untuk syarikat. Biarpun tidak suka, aku tidak boleh menunjukkan sangat perasaan itu.

 "Poligami ni adalah sunnah nabi. Jika berkemampuan kahwinilah perempuan, dua, tiga atau empat orang" katanya ketika menyatakan hasratnya padaku. Aku mencebik. Pandai pulak orang tua ni bersyarah tentangoligami. Tapi tidak pula dia sebutntentang berlaku adil. Kalau nak tambah kuota, pandai pula ikut sunnah. Bila dah cukup kuota tak ikut pulak sunnah nabi. Berpoligami bukan sahaja berkahwin lebih daripada satu, tetapi juga berlaku adil kepada semua isteri. 
Aku mengeluh lagi. Teringat nasib diri yang akan berpoligami tidak lama lagi. Entah bagaimana kehidupan aku selepas ini. Adakah Asyraf mampu berlaku adil?

Pintu bilik diketuk lagi dan sesaat kemudian Sarah masuk. 

" Ni dokumen untuk mesyuarat petang ni. Aku baru je dapat tadi,terus fotostat untuk kau. Usul ni disediakan oleh pekerja baru tu tau. kau tengok la dulu." Aku menyambut fail yang dihulurkan oleh Sarah dan membelek sekilas setiap muka surat dalam fail tersebut.

" Mmm...boleh tahan" ringkas sahaja komen ku.

Friday, March 15, 2013

I'm just tired......

"ktk mmg tabah lynn"
"mun kmk msti dah nangis ngenang nasib"
"ktk kuat lynn"

Di sebalik semua pujian itu, tiada siapa tahu hakikat sebenar.......

-when i pretend to be strong, no one sees my hidden tears except Allah s.w.t-

Itulah hakikat sebenar disebalik semua kekuatan serta ketabahan tersebut.
Aku,sedaya upaya untuk menjadi kuat dan tabah dlm menghadapi semua ini..
Namun kadang-kadang...
Aku merasa tewas...
Segala kekuatan,ketabahan,keimanan,kesabaran yg dikumpul selama ini
Hanya tinggal senipis kulit bawang...
Sesuatu yang pada mulanya nampak seperti harapan dan jalan keluar
Tetapi akhirnya gagal dan buntu...
Beberapa kali aku cuba untuk bangkit...
Mengikut jalan yg ditunjukkan...
Tetapi akhirnya sampai ke jalan mati...

I'm telling myself over n over again...
Please don't give up..don't despair n never lose hope...
There a lot of thing i want to do..
Impian belum tercapai...
Janji belum tertunai...
Cita-cita belum digenggaman sepenuhnya...

Im not giving up..
But im just tired...
I want to rest...
im not iron lady..
Sometime i feel lose..
Weak n broken inside..
I need a space..

Life is just tough...
But yet it wonderful..
Dont know what to do with my life...
O Allah,give me strengh...

* have a break,have kit kat *
#  somebody,buy me a kit kat please....
Then i'll be strong again...
Peace=)

Saturday, February 2, 2013

Kemoterapi session...

Dah lma x share story...mcm2 dah jd semenjak 2 menjak ni..selepas terapi iodin menemui 'kegagalan' aku djadualkan menjalani kemoterapi...sstu yg ign aku elakkan...kenapa aku katakan terapi iodin adlh satu kegagalan?? Kerana,terapi itu lamgsung tidak bkesan ke ats sel kanser d dlm bdn ku..malah,x-ray dada ku menyatakan sel semakin membiak di bahagian paru2...so,kaedah rawatan seterusnya adalah kemoterapi...spt yg sudah aku jelaskn dlm entri sblm ini,kemoterapi btujuan utk mbunuh sel..tp sgl jenis sel dlm bdn pun turut dbunuh...
Baiklah,dpendekksn cerita,aku memulakan kemoterapi pada may 24 dan berakhir pada july 26,2012...so,aku bhari raya pd thn tsebut dgn kepala botak...kemo aku djadualkan sbyk 4 pusingan..selang sbln...sbenarnya,selang 3 mggu je...sblm mmulakan sesi kemoterapi,sya perlu mengambil darah dan buat CT scan..
Sepanjang kemoterapi,saya tiada selera mkn dan mcm biasa bdn lemah,demam...kitaran haid pun tganggu...kesan drpd kemoterapi tsebut...bdn pun kurus smacam...
Mmmmmm....to be continue...

Friday, July 6, 2012

Rawatan susulan

Selepas didiagnos sebagai pesakit kanser,doktor menceritakan mengenai rawatan yang perlu saya lalui...mula2,pembedahan...lps tu radioterapi dan akhir sekali terapi iodin (iodin-131).itu peramcangn awal.. Saya menjalani pembedahan untuk membuang sel induk pada 7 sept 2011 di Hospital Putrajaya.saya berada di hospital selama hampir sebulan..pengalaman tersebut sya sudah ceritakan dlm entry sebelum ini..igt lagi kan? Sekembalinya dr Putrajaya,saya ditahan d wad di Hospital Umum Sarawak selama seminggu sblm blk ke kpg.doktor sudah mengatur sesi radioterapi utk saya.saya memulakan radioterapi pada 18 okt 2011...terapi dijalankan pada setiap hari dari isnin hingga jumaat..baiklah,apakah radioterapi?..sebelum menjalani terapi,saya bertanya pada doktor apakah radioterapi dan apakah tujuannya serta kessnnya...menurut pemahaman saya,radioterapi adalah satu terapi untuk menghentikan atau membantutkan pertumbuhan atau pembiakan sel.seperti yg kita tahu sel kanser ni membiak dgn sgt cpt.maka,dgn menggunakan sinaran laser pembiakan sel akn terbantut. Ramai yg tanya,mcmana radioterapi ni dijalankan...saya sendiri pun pada mulanya tertanya2 juga.kali pertama saya ke tempat terapi tu,saya nmpk ada bbrpa bilik khas,mcm bilik kebal pun ada jugak.bila msk dlm bilik tu,mmg kebal...ada masin yg saya sendiri pun xtau nmanya..bbrp org pegawai perubatan msk bersama saya.saya dbaringkan d ats katil dan pegawai tersebut membetulkan kadudukan mesin supaya cahaya laser kena tepat d kawasan sel..lps tu pegawai tersebut keluar dr bilik kebal dan tinggallah saya seorang d kunci dlm bilik tu..tp x lama,dlm 5 minit je...begitulah setiap hari selama 18 hari. Kesannya,bdn sya sll lemah,demam...xde selera mkn..muntah...seksa juga la nak tanggung..apa tak nya,terpaksa ulang alik dr rumah ke hospital stp hari..penat gak..thanks to abg bak yg setia jd pemamdu peribadi smpai skrg...hehe.. selepas radioterapi,saya dijadualkan menjalani terapi iodin pulak pada bln mac 2012 di Hospital Kuala Lumpur.mmmmm....ni yg malas,kena naik belon.mntk terapi di HUS tp menurut mereka,tiada terapi untuk dos yg tinggi mcm saya..dos iodin yg saya perlukan adalah 80..unitnya xtau la pulak..sepatutnya,terapi saya pada bulan jan,tp atas bbrp kesilapan tangguh pulak ke bln mac... Saya mula terapi pada 19 mac 2012.. Terapi iodin ni khas utk pesakit kanser thyroid mcm sya...terapi ni x spt kemoterapi,sbb tu la sya sgt happy bila doktor kata saya x perlu kemo..terapi ni bertujuan membunuh sel kanser secara total..igt,hanya membunuh sel kanser,sel lain dia x kacau..baik kan dia...berbeza dgn kemoterapi yg membunuh semua sel..xkira la sel kanser ke,kel rambut,sel kuku...semua dia serang..dia x kira apa sel pun..that why la rambut kta gugur msa kemo...tp terapi iodin x.. Sepatutnya,sya minum air iodin pada 19 mac tp doktor msh was-was dgn keadaan kesihatan sya pada msa itu...demam,sgt lemah,sesak nafas n terpaksa guna wheelchair..jd sya dtahan d wad untuk meninjau keadaan sya..kalau sihat keesokkan harinya,sya akan minum air iodin ni...kalau x sihatbterpaksa balik dgn tgn kosong tanpa melakukan terapi..sia2 la dtg KL kalau x terapi...so,nekad esok mst sihat. Alhamdulullah,sihat jugak keesokkannya dan sya minum air iodin...bermulalah sesi kuarantin selama seminggu...saya harus dikuarantin,xblh d jga..sorg dirindlm bilik..nurse kt luar bilik..sbb nya,air iodin yg sya minum tu menghasilkan bahan radioaktif..dgr cerita,air yg diminum tu adalah bhn yg digunakan utk membuat senjata nuklear...gempaq tu..huhuhuhu...so,kena la kuarantin..lagipun kta xtau lg kesan radioaktif ni kpd manusia sejagat..tp utk membunuh kanser mmg dah terbukti la.. Saya di wad selama 5 hari.hari jumaat sya 'dibebaskan dari penjara' Hospital KL..sebelum dibebaskan pegawai dtg cek kadar radiasi..dah kurang,blh la bbs...lps tu jumpa doktor..buat review la..oh ya,pg jumaat tu kena scan dulu..nk tgk sel kanser dah kurang blom...sebelun doktor review sya,dia kta nk scan sya lg skali...dia kta ada mslh pada gmbr scan sya...msa tu sya dah risau dah,tp scan jugak la...scan kali kedua ni mmg agak lma...sya sempat tidur skjp...huhuhu.. Baiklah,tiba masa utk jumpa doktor.mula2 bicara santai..lps tu msk bab serius.. Doktor: rawatan ni x sesuai utk adik... Saya: x sesuai??? Maksudnya..?? Doktor: sebelum ni,adik pernah buat terapi ni jugak kan masa di kuching...keputusannya sama..biasanya dik,selepas minum iodin,sel kanser tu akan kelihatan.tp kta dah scan 2x dan keputusanya msh sama...adik mcm org sihat,xda sakit...tp adik sbnrnya sakit....kanser... Saya: kenapa macam tu?? Doktor: sel kanser ni ada dua jenis..jenis sel adik ni xsesuai dgn rawatan skrg..kalau adik buat pun mmg xguna,sbb xsesuai...adik mst cuba cara lain.... Saya: maksud doktor, kemo? Doktor: mcmni dik..adik balik dulu bincang gdn doktor d Sarawak...saya akan sediakan surat rujukan utk adik dan beri kepada doktor di bahagian onkologi...adik jgn risau.. Saya: xnak kemo (muram) Doktor: xblh mcm tu dik..kena cba dulu..apa2 pun adik bincang dulu dgn doktor n family..adik ni msh muda lagi...jgn putus harapan dan kuatkan semangat adik....adik blh sembuh...tp terus terang dik...(suara doktor mula kendur,tp msh blh dgr sbb bilik doktor sunyi)...adik BOLEH SEMBUH,TAPI TIDAK SEPENUHNYA... Mendengar itu,saya terus terdiam,xtau nk kta apa lagi...inilah doktor pertama yg sgt berterus terang..(di atas tu antara isi perbualan sya yg tidak ditemani family dgn doktor yg merawat sya d HKL....msh igt lg...so,mak xtau la psl ayat terakhir doktor tu...syyyyyyy...diam2 ye...rahsia ni) ADIK BOLEH SEMBUH TP X SEPEHUHNYA......mungkin betul,sbb walaupun dah sembuh sel tu bisa kembali menyerang buat kali kedua...fakta. Mmmmmm....nak kuatkan semangat,ingin terus optimis..setiap penyakit itu,pasti ada ubatnya dan ALLAH s.w.t tidak akan menguji hambaNya diluar batas kemampuan mereka....

Sunday, March 25, 2012

AKU dan ubat....

medicine is my biggest problem so far.....

sebelum ni.....
kalau demam x makan ubat pun blh sembuh..
selsema, minum madu..
batuk...x mkn ubat pun,sembuh gak kadang2..ada la jugak,minum ubat batuk sesudu dua..tp setakat tu je la..

sekarang ni...
ada dua jenis ubat yang nak kena makan seumur hidup..
hidup bergantung dengan ubat-ubatan..

before breakfast:
ubat : T.L-thyroxine 100mcg
2 biji sekali sehari..
(ubat ni kena mkn seumur hidup)

after breakfast:
ubat : calcium lactate
3 biji sekali makan (ubat ni kena tumbuk,sbb besar,xleh nak telan..nnt sangkut plak kat tekak-ni ubat wajib gak)
sampingan.....
ubat : salbutamol (ventolin)
2 biji
ubat : T. Prednisolone
2 biji..tp dose akan semakin b'kurang dr sehari ke sehari hgga habis..
(ni kena mkn sbb bru lps terapi..habis stok ni,xyah mkn lagi dah..)
pastu,kena amik vitamin B-complex..sebiji sehari
kena mkn vitamin utk tambahkan berat bdn
(utk pengetahuan semua,berat bdan sya menurun sebayak hampir 10kg..bygkan berapa je berat sya skrg ni)

after lunch:
calcium lactate-3 biji
T.Prednisolone-2 biji
salbutamol-2 biji

after dinner:
calcium lactate-3 biji
T.Prednisolone-2biji
salbutamol-2 biji

ada beberapa lagi ubat sampingan...
ubat untuk muntah..
batuk,
kahak,
antibiotik (rasa hampas kayu..terpaksa tumbuk sbb sgt besar)
panadol..
ubat tahan sakit..
(sbb sll demam,almost every week demam...
doc kata,"mmg awak akan selalu demam disebabkan oleh kanser awak,bdn awak lemah,kurang antibodi...jadi kena byk makan nasi la..demam ke,x demam ke..makan nasi byk sikit.."
air liur pahit,kalau demam..mkn je,msti muntah..
"mmg mcm tu..awk mst kuat..awak msh muda"
lidah saya rasa makin tebal,n beberapa tunas rasa ni mcm ternaik sikit..pedih la..(yang ni lupa plak nak mengadu kat doc...huhhhh)

di rumah..
saya ada satu bekas besar untuk simpan semua ubat-ubatan saya..
sentiasa penuh...

biarpun pahit,terpaksa ku telan jua...
mana ada ubat yang manis rasanya..

regard::
life is juz wonderful
walaupun ada trun naiknya..
jalani hidup anda sebaiknya ye..


Saturday, March 24, 2012

Kenapa Aku DIUJI - fasa peralihan hidup

bismillahhirrahmanirrahim....

persoalan 'kenapa aku diuji' membawa aku bermuhasabah diri...
membawa aku kembali meneliti kehidupan aku sebelum DIUJI ALLAH s.w.t dengan ujian yang aku sendiri tidak pernah menduga...

kehidupan aku bermula dengan sangat lancar (i guess)..sepanjang ingatan aku la..
biarlah aku bermula d sekolah menengah..cita sikit la, betapa mudah laluan aku mencapai apa yang aku nak sehingga aku menjadi AKU yang sekarang...

di sekolah menengah,semua berjalan lancar..result peperiksaan ok-ok..
pastu naik tingkatan 4A..kira kelas top la di sekolah,amik prinsip akaun, ekonomi asas..
result SPM membolehkan aku ditawarkan ke Matrikulasi Labuan..

di Labuan, so far xde masalah sangat..
kos sara hidup murah, family juz bank in rm50 je sebulan, aku rasa itu sudah lbh dr ckp,msa tu la..hampir setiap minggu outing..tambang bas hanya 60sen..seronok la..balik je,tgn penuh dengan barang mknn..coklat msti ada..

lepas Matrikulasi, dengan pointer 3.something...dapat la tawaran UNIMAS (Human Resource Development)..masa tu nak amik akaun sbb result akaun membanggakan,tp ntah kenapa xdpt..ujian la tu...tp x la kecewa sgt..dpt jgk msk U..di UNIMAS pun xde cabaran sangat,result ok..x mengulang paper..jam kredit setiap semester ckp...so far so good la..
semua berjalan lancar kan..

lepas UNIMAS,x lama sgt menganggur,dpt jd guru ganti slama hampir 3bln d SMK Semera, lps tu GSTT di SMK Asajaya..sekolah aku..lubuk ilmu aku..masa ni ada la sikit ujian..3 kali mohon Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI) xdapat..interview pun xlepas..semasa jd GSTT ni la aku pertama kalinya diperkenalkan oleh kwn2 kepada Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)..sumpah..aku baru dengar pasal ni..masa tu..so, bila DPLI dibuka penawaran pada thn 2010 tersebut,aku mohon la..cba nasib..alhamdulillah, rupanya ALLAH s.w.t ada rancangan lain untuk aku..masa isi borang ni la, aku berniat..kalau dapat tawaran ni,aku nak mengajar di kawasan sendiri..mendidik anak2 di kawasan sendiri...
aku dapat tawaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam jurusan Pengajian Am..
mudah kan laluan hidup aku...
kadang2 tu..bila otak ni x betul sikit..selalu fikir
"alahai..mudahnya hidup aku..xde cabaran ke mcm org lain"
"senang nye hdp aku..x mencabar"
"aku nak rasa la cabaran mcm org lain"
masa ni sll tgk n bca kisah hidup org lain..yang buat perkara2 mencabar dlm hidup mereka..mengharungi penyakit..mengharungi kesusahan..

rasanya, fasa pertama peralihan hidup aku bermula setelah mendapat tawaran DPLI..
hubungan yang aku bina mencecah 4thn terputus tgh jln..sedih gilerrrr...nangis jgn cakap la..mmg itu je keje aku sblm fly ke UPSI..
Maha Suci ALLAH s.w.t mengaturkan perjalanan aku ke UPSI selepas kecewa centa..untuk melupakan kenangan di Sarawak..diaturkan Nya perjalanan aku ke UPSI..
di UPSI,aku jumpa rakan2 yang sangat happening..rakan baik aku,rakan kuliah yang happening gilerrr..Liza,Mel,Shima n Zura..kami berlima sentiasa bersama..pergi ke Felda Sungai Klah..kolam air panas..jln2 di Piramid Plaza,Tambun..pernah terjadi aku terpegang sandal kulit babi..terus fobia warna pink..hahaah
semester 2,alhamdulillah ada kereta kak ipar shima..puas la b'jln2 smpai tghmlm..supper di kedai mamak..lunch d perak,dinner di selangor..hahah
lepas tu ada plak geng2 yang 1 kumpulan buat projek,aktiviti kemasyarakatan utk paper sekolah dan masyarakat..group ni pun happening..buat konvoi..pegi cari sponsor..best glerr..ktorang jd sgt rapat..
pernah 1mlm tu,gerhana bulan..kami pergi ke tasik Proton City,siap ada tikar,mknn,minuman...konon nak tgk gerhana bln la..amik gmbr..berseronok,tiru gaya rkn2 dlm klas...happening glerrr...hahahha..smpaikan ada pakcik dtg tegur kami buat bising kat situ..lps kena tegur tu,baru la kami bersurai.hahahaha...rindu betul la kat korang ni.
lepas tu,jumpa plak housemate yang juga happening n kecoh..Kak Atie@umi, Kak Dor, Ieda, Fida, Kak As, Kak Nina (pembekal buah durian)..
mereka smua rajin msk,aku...tukang makan je..
pernah Fida masak tghmlm smpai terbakar dapur..hahaha
Kak Nina...bekalkan buah durian 1 bakul...mmmm..aku la yang paling seronok..paling best durian tu elok2 blaka..sarapan durian,lunch durian,dinner durian..supper durian..durian aje..
Umi aku..kak atie..masak best2..kak dor,ajarkan main gitar..Fida pun ajarkan jugak..nyanyikan ktorg dgn lgu2 ciptaannya..kwn2 blok sebelah tegur rumah kami paling bising smpai tghmalm,n even smpai pg..
ptg2 buat poco2...aerobik..kat umh..wahhhh..seronok betul...semua gler n sporting..sehinggakan aku langsung lupa pada kenangan pahit aku..Maha Bijaksana ALLAH s.w.t merancang hidup aku..

fasa kedua: slps DPLI, aku ditawarkan mengajar di SMK Asajaya,lubuk ilmu bagi aku..alhamdulillah spt yg aku hajatkan sms mengisi borang dulu..mula2 semua berjalan lancar..jumpa rakan baru..NIK, FAIZ, CHAI YEW LEE...inaz,kunah..kak norhayati (kak nor) n sorang gik..rpat ngan aku Kak Nor juak (kak Norizan)..happening juak.g mkn steambot, karaoke..hjg bln..kluar..kebetulan,aku ada kereta..so senangla nak merayau2..
sehingga la aku di diagnose kanser oleh doktor..aktiviti pun kurang..(part ni dah cita dlm entry sblm ni)
yang aku nak cite..bagaimana ALLAH s.w.t mengatur n merancang segalanya utk aku..sebelum dpt tahu ttg penyakit aku,terlebih dahulu ALLAH kenalkn aku dengan ustaz S..alhamdulillah ustaz S sentiasa ambil berat n sokong, n beri semangat,tazkirah...dan mcm2 lagi..aku tok bknnya kuat glak pun,maklum la laluan hdp aku senang jak sblm tok..xda nemu perkara yg mencabar..nahhhhhh,skali ALLAH nak uji aku..aku tanya "kenapa aku" "kenapa kanser" kenapa stage 3-4"
ALLAH s.w.t tahu,selain family,rakan2..aku perlukan seseorang utk memberi semangat,maka DIA kenalkan aku dengan Ustaz S yang sangat memahami n sentiasa menyokong sehingga sekarang..walaupun aku pernah suarakan rasa bersalah padanya..tp ustaz xmaok dgr aku sebut psl ya gik..huhuhhh...

fasa ketiga: penyakit aku datang tepat pada masa..tepat pada masanya aku amik insurans,so blh la claim utk rawatan..tepat pada masanya,aku disahkan dalam jawatan..so,dapat la gunakan kemudahan yang disediakan...

so..kenapa perlu bertanya "kenapa aku diuji?"
sedangkan sebelum datang ujian pelbagai nikmat telah ALLAH s.w.t berikan kepada aku.even sepanjang ujian ini,ALLAH berikan kemudahn bagi aku untuk melalui cabaran ini...

ini yang dapat aku fikirkan.....
kenapa ALLAH s.w.t. menguji aku..
mungkin..kurangnya aku bersyukur atas nikmat yang tlh diberikan..
Allah s.w.t ingin memberikan peringatan kepada aku dan
ALLAH s.w.t sayang kan aku (spt kata ustaz S)
ALLAH s.w.t mendengar apa yang pernah aku katakan sblm ini...inginkan hidup yg mencabar..maka ALLAH s.w.t berikan aku cabaran ini agar aku merasa apa yang orang lain rasa..
ujian ini tanda ALLAH s.w.t ingat pada aku,lantas menguji aku..menguji keimanan aku kpdNya..menguji kecintaan aku kepadaNya supaya tidak melebihi kecintaan aku pada hambaNya yang lain..

seperti kata Ustaz Mohd Asyraf (IM Asyraf)
ALLAH menguji kita dgn pelbagai perkara..kesenangan,kefakiran,kesejukan,kesakitan,peperangan dan sebagainya..
sakit fizikal adalah nikmat dan sakit hati(sakit rohani) adalah musibah katanya..
so..aku sekarang sedang merasa nikmat..
kenapa perlu aku bertanya lagi????
ALLAH sedang memberikan aku kenikmatan..
hampir sebulan d Putrajaya Hospital membawa aku berfikir mcmni..
aku bkn lah seorang yang kuat..sebenarnya aku sangat lemah,fizikal,mental dan rohani untuk menghadapi dugaan ini..tp ALLAH s.w.t merupakan perancang terbaik..DIA telah merancang hidup aku dengan sangat teliti,tidak pernah aku terfikirkan sehinggalah ke saat ini..
diharap dengan dugaan ini..aku menjadi seorang hamba yang lebih baik..dan sentiasa bersyukur,bersabar,pasrah,redha dan ikhlas menjalani ujian hidup dan fasa peralihan terbesar dalam hidup aku..
ingat 1 perkara,ALLAH s.w.t tidak akan menguji hambaNya di luar kemampuan hambaNya..jadi aku rasa aku mampu la menghadapi ujian ini..
hopefully...

so..kawan2..kalau diuji,cuba fikirkan dgn cara yang lebih positif,kita akn jumpa hikmah disebaliknya..
dan kita akan rasa lebih bersyukur kerana kita diuji..dan akan rasa cemburu bila ALLAH s.w.t tidak menguji kita..yang penting,jangan pernah salah faham pada segala ujian yang ALLAH s.w.t timpakan ke atas kita..
tidak perlu lagi bertanya soalan "kenapa aku diuji"...ini adalah kerana kasih sayang ALLAH s.w.t pada kita.

masa jumpa doktor semalam 23march2012...doktor sampaikan 1 berita buruk..akan share pada entry akan datang...insyaALLAH..

regard:
life is juz wonderful..
kalau kita ambil masa untuk fikirkan smua ini..

Thursday, December 15, 2011

Menjadi tunangan orang tanpa sedar...


Jika seorang lelaki menyatakan hasrat ke...pada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

sumber: facebook - ambal jernang