Friday, May 24, 2013

Ceritera Cinta Seorang AKU - 5

Sebulan bukan lah lama lagi. Sebulan..... Aku lirih. Hanya sebulan sahaja lagi. Adakah aku mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah. Isteri kedua yang solehah. Adakah Ashraf Haikal jodoh yang telah tertulis untukku?? Adakah ini takdirku, menjadi isteri kedua??
Ya Allah, jika benar Ashraf Haikal jodohku, Kau dekatkan lah hati kami...jika dia bukan untukku,kau jauhkan lah hati kami.

Mia menyandarkan tubuhnya di kerusi. Aku harus redha dengan perkahwinan ini. Aku harus melupakan Eric. Eric bukan untuk aku. Mungkin dia juga sudah bertemu dengan jodohnya yang berjaya menjadikan dia seorang 'Adam Faiz'. Ya, lupakan Eric dan cuba terima Asyraf. Itulah azam aku.

"Mia....hei,kenapa ni..mengelamun saja dari tadi. Aku ketuk pintu pun kau buat tak tahu aje ye." tegur Sarah sambil melayangkan tangannya di muka ku. Sarah merangkap setiausaha dan sahabat baik aku sudah berada di hadapan aku. Aku sama sekali tidak perasan Sarah masuk ke dalam bilik. Aku senyum ketat memandang wajah Sarah.

"mia...kau xblh la mcm ni. Sekarang bkn masanya kau nak buat perangai,tahu tak..kau dah setuju,tak dapat nak tarik diri sekarang" ujar Sarah. 

Dia sentiasa dapat meneka perkara yang sedang aku fikirkan sekarang. Aku tidak pernah berselindung daripada Sarah, cuma satu perkara tidak aku ceritakan, iaitu bakal menjadi isteri kedua kepada Asyraf. Sahabatku dari zaman persekolahan itu sangat memahami. Biarpun kami terpisah di menara gading,namun kami tetap akrab. Sekarang kami  merupakan rakan sekerja. Sarah menjadi setiausaha aku bukan kerana dia sahabat aku, tetapi kerana kelayakan yang dimilikinya. Biarlah apa orang nak kata, yang penting aku tahu perkara yang aku lakukan.

"kau masuk bilik aku ni,apahal?" aku mengubah hala perbincangan. Tidak mahu berdebat masalah yang sedang aku hadapi sekarang.
"Marah nampak. Janganlah marah bos," usik Sarah. Aku senyum.
"Itulah kau, mengelamun saja dari tadi. Aku dah jumpa pekerja baru kita tu. hensem tau, budak cina. Tapi aku pelik, dia pakai kopiah" 
Aku mengangkat kening mendengar cerita Sarah. Cina berkopiah? Aku mengulang dalam hati. Ungkapan itu mengundang senyum di bibirku.

"muallaf kot.." aku menjawab. Sarah mengangguk mengiakan kata-kataku.

"siapa nama dia?" soalku.

"bos takkan la tak tahu nama pekerja sendiri"

"Sorry ye. Aku kan cuti bertunang hari tu, lupa ye? Cakap la,siapa nama dia" sarah senyum. Dia tahu tapi sengaja mengusik aku. 

Ya, temuduga kerja dijalankan pada hari pertunangan aku beberapa bulan lepas. Jadi,aku tidak tahu-menahu mengenai calon pekerja baru yang menggantikan tempat Rahmat,pengurus projek yang dipecat kerana penyelewengan.

"Aku tak ingat la mia. Sorry bos" Sarah meminta maaf sambil menunjukkan muka sepuluh sennya itu. Aku senyum. Ada-ada sahaja perangai minah ni.

"Oh ya, Mia. Hampir aku terlupa.  Ni fail-fail yang perlu kau sign. Dan jangan  lupa, pukul 2.00 petang ni meeting dgn Datuk Megat. Hati-hati dengan dia tu..." Sarah sempat mengingatkan aku tentang perangai Datuk Megat sambil mengenyitkan matanya. Aku menjegilkan mata ke arah Sarah dan dia lantas berlari ke arah pintu sambil tergelak. 

Ahh... Datuk Megat. Aku sememangnya tidak gemar berjumpa lelaki hidung belang itu. Isteri sudah tiga,tapi masih tidak puas hati. Nak cukupkan kuota katanya, ketika mengganggu aku. Tetapi apa daya aku, Datuk Megat merupakan pelabur yang berpotensi untuk syarikat. Biarpun tidak suka, aku tidak boleh menunjukkan sangat perasaan itu.

 "Poligami ni adalah sunnah nabi. Jika berkemampuan kahwinilah perempuan, dua, tiga atau empat orang" katanya ketika menyatakan hasratnya padaku. Aku mencebik. Pandai pulak orang tua ni bersyarah tentangoligami. Tapi tidak pula dia sebutntentang berlaku adil. Kalau nak tambah kuota, pandai pula ikut sunnah. Bila dah cukup kuota tak ikut pulak sunnah nabi. Berpoligami bukan sahaja berkahwin lebih daripada satu, tetapi juga berlaku adil kepada semua isteri. 
Aku mengeluh lagi. Teringat nasib diri yang akan berpoligami tidak lama lagi. Entah bagaimana kehidupan aku selepas ini. Adakah Asyraf mampu berlaku adil?

Pintu bilik diketuk lagi dan sesaat kemudian Sarah masuk. 

" Ni dokumen untuk mesyuarat petang ni. Aku baru je dapat tadi,terus fotostat untuk kau. Usul ni disediakan oleh pekerja baru tu tau. kau tengok la dulu." Aku menyambut fail yang dihulurkan oleh Sarah dan membelek sekilas setiap muka surat dalam fail tersebut.

" Mmm...boleh tahan" ringkas sahaja komen ku.

Friday, March 15, 2013

I'm just tired......

"ktk mmg tabah lynn"
"mun kmk msti dah nangis ngenang nasib"
"ktk kuat lynn"

Di sebalik semua pujian itu, tiada siapa tahu hakikat sebenar.......

-when i pretend to be strong, no one sees my hidden tears except Allah s.w.t-

Itulah hakikat sebenar disebalik semua kekuatan serta ketabahan tersebut.
Aku,sedaya upaya untuk menjadi kuat dan tabah dlm menghadapi semua ini..
Namun kadang-kadang...
Aku merasa tewas...
Segala kekuatan,ketabahan,keimanan,kesabaran yg dikumpul selama ini
Hanya tinggal senipis kulit bawang...
Sesuatu yang pada mulanya nampak seperti harapan dan jalan keluar
Tetapi akhirnya gagal dan buntu...
Beberapa kali aku cuba untuk bangkit...
Mengikut jalan yg ditunjukkan...
Tetapi akhirnya sampai ke jalan mati...

I'm telling myself over n over again...
Please don't give up..don't despair n never lose hope...
There a lot of thing i want to do..
Impian belum tercapai...
Janji belum tertunai...
Cita-cita belum digenggaman sepenuhnya...

Im not giving up..
But im just tired...
I want to rest...
im not iron lady..
Sometime i feel lose..
Weak n broken inside..
I need a space..

Life is just tough...
But yet it wonderful..
Dont know what to do with my life...
O Allah,give me strengh...

* have a break,have kit kat *
#  somebody,buy me a kit kat please....
Then i'll be strong again...
Peace=)

Saturday, February 2, 2013

Kemoterapi session...

Dah lma x share story...mcm2 dah jd semenjak 2 menjak ni..selepas terapi iodin menemui 'kegagalan' aku djadualkan menjalani kemoterapi...sstu yg ign aku elakkan...kenapa aku katakan terapi iodin adlh satu kegagalan?? Kerana,terapi itu lamgsung tidak bkesan ke ats sel kanser d dlm bdn ku..malah,x-ray dada ku menyatakan sel semakin membiak di bahagian paru2...so,kaedah rawatan seterusnya adalah kemoterapi...spt yg sudah aku jelaskn dlm entri sblm ini,kemoterapi btujuan utk mbunuh sel..tp sgl jenis sel dlm bdn pun turut dbunuh...
Baiklah,dpendekksn cerita,aku memulakan kemoterapi pada may 24 dan berakhir pada july 26,2012...so,aku bhari raya pd thn tsebut dgn kepala botak...kemo aku djadualkan sbyk 4 pusingan..selang sbln...sbenarnya,selang 3 mggu je...sblm mmulakan sesi kemoterapi,sya perlu mengambil darah dan buat CT scan..
Sepanjang kemoterapi,saya tiada selera mkn dan mcm biasa bdn lemah,demam...kitaran haid pun tganggu...kesan drpd kemoterapi tsebut...bdn pun kurus smacam...
Mmmmmm....to be continue...