Thursday, December 15, 2011

Menjadi tunangan orang tanpa sedar...


Jika seorang lelaki menyatakan hasrat ke...pada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

sumber: facebook - ambal jernang

Monday, December 5, 2011

Musim Mengawan....

hujung tahun camtok..Musim Mengawan....hahahahaaa (bkn aku mdh,tp org madah..aku nulis jak..)
lucu la...ntah kenak di gelar musim mengawan..
apa maksudnya???
orang madah..(orang madah ok...)
musim mengawan tok, musim org kawen...
biasanya hjg tahun la,
cdak cikgu rami nikah hjg thn tok..
maklum la,cuti skolah..
lepas kawen,terus honeymoon..

anyway...
congratez pada kawan2 yag dah selamat melangsungkan perkahwinan
dan
mereka yang akan melangsungkan perkahwinan...

Saturday, November 12, 2011

Assalamualaikum...Assalamm...

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَ...لَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.


Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ; Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM” dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana “Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana “Semekom” bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi “Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Monday, November 7, 2011

Gambaran Hari Akhirat

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkaka...la (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
a;- Pemimpin yang adil.
b;- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
c;- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
d;- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e;- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
f;- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
g;- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan
gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
d Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

18. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

19. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

20. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

21. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
d Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

22. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

23. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

24. Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
a;- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b;- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c;- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

25. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

26. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

27. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

28. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

a; Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: d77; Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. d78; Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
b; Sedekah/amal jariahnya.
c; Doa anak²nya yang soleh.
d; Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Monday, September 26, 2011

The Operation Day and recovery..

Bismillahirrahmanirrahim....

after a few month, sya decide nak share pengalaman sya selama hampir sebulan d Putrajaya Hospital..bkn apa, sekadar untuk perkongsian..hidup ini kan singkat,so share la pengalaman hidup yang x seberapa ni..tp d harap perkongsian ini x menjadi cerita yang lain pulak lepas ni..mcm perkongsian yang lepas (dgr cita org kata i ni nazak sgt..pergghhhhhh) so hati2 la membaca ye..i msh sihat..getting better n better..insyaallah boleh sembuh..positive thinking n bersabar (pesan dr pak ustaz S)

5 sept 2011
melapor diri di Hospital Putrajaya dgn referral letter dari Doktor.

6 sept 2011
Vocal cord test: peti suara sblh kiri mmg sudah rosak,mungkin dsebabkan sel kanser. so,yang tinggal sebelah kanan je lagi..risiko pembedahan, kalau peti suara terganggu,so, i mute whole life...x nak.....

7 sept 2011
The Operation day (3 version, myself,mom n ustaz S)

1st version: myself
sebelum pembedahan, 3 orang doktor datang menerangkan tentang risiko2 pembedahan dan membawa surat2 perjanjian yang perlu ditandatangani...lps dgr semua tu,i sign je..x tau kenapa. pertama, doctor bius..dia mintak kebenaran utk membius.ok-i said..dia kata mungkin akan lumpuh jugak...ok-i said. saya x sedar apa akan berlaku msa pembedahan.again, i said-ok.dan si doktor..blaa blaa blaa blaa...i ok je...hmmm..dalam fkrn kosong.

doktor kedua, dia kata, msa pembedahan, mcm2 perkara boleh berlaku.mungkin akan berlaku pendarahan.tp jgn risau.kami sudah bersedia dengan perkara itu. adik ada masalah pernafasan kan? ini menyukarkan pembedahan. masa pembedahan nanti, kami akan masukkan tube dalam mulut adik untuk membantu adik bernafas. tapi masalah jugak dik, sbb salur pernafasan adik sudah semakin kecil.adik sendiri nmpk xray tu kan??kami risau tube tu tersumbat dan tidak dpt dimasukkan d situ.tapi ada satu penyelesaian.kami akan buat satu lubang di leher utk membantu adik bernafas. saya angguk je.

doktor ketiga, dia tya dah kawen blom, my answer blom. dia angguk. lps tu dia kata, lps ni kalau kawen, x boleh mengandung dulu, sbb adik mesti menjalani terapi iodin untuk membuang sel kanser. kalau adik mengandung, just in case, selesai terapi, adik berkahwin n mengandung, itu juga berisiko sbb keadaan adik yang lemah. adik mesti berjumpa dengan doktor selalu periksa kandungan. (masa ni ingat my sayang, adohhh..kesiannya)

lepas tu, x tau pukul brapa, nurse dtg suruh tukar baju.kat dalam x payah pakai apa2.pakai baju putih ni je.(baju bedah)

lepas tu aku d usung dgn katil ke bilik bedah..tp x la trus masuk dalam..tggu kat luar kejap..sblm d bius tu, ada someone dtg b'borak kosong..tya mcm2 soalan..layannnnn..hehehe..lepas tu aku x perasan bila aku d bius..aku dah x sedarkan diri..

version 2:mom (mak cite lepas i sedar bbrp hari after operation day)
i msk bilik bedah dlm pukul 11am kalau x silap la...mak n bpk tggu kat luar,mmg x senang duduk la 2 2 nye..kesiannye..adoohhhh..n dgr kata, ni doktor yang kata..(i bertuah sbb yang bedah i doc pakar..Dr. Mayah) pembedahan ni sgt sukar sbb sel kanser tu dah keras mcm batu..pembedahan berlangsung selama hampir 3 jam..lepas operation tu, sya d masukkan ke ICU selama sehari..koma sehari or mayb kesan bius lagi..(tp xkan la kesan bius sampai sehari)
mak kata keadaan aku macam ayam kena sembelih,byk darah d bahagian leher..eeee..geli dgr..huhuuhuuu..mak n bpk x balik umh kazen..sepanjang msa tu diorang tdo kat surau..huhuu

version 3: my ustaz S..
masa tu ustaz ada klas..mmg x tentu pasal la ustaz..kesian juak..lepas kelas,dlm kol 12tghari, ustaz balik umah,b'kurung dalam bilik, buat solat hajat untuk aku..berdoa demi keselamatan aku...huhuhu..terharu ngn ustaz..thanks ya..love..

ok..back to my story..mmg byk darah spt kata mak, bila pertama kali saya tersedar dari koma keesokan harinya, sya cba b'gerak,tp tgn d sya d ikat d sisi katil..kenapa??? saya dgr suara2 d sekeliling..2 org makhluk bcakap (saya x tau la sape,sbb telinga je bka msa tu,mata blom lagi) suara 1: ehhh..berdarah banyak ni..cuci..cuci..
suara 2: dah kena rambut dia la...
suara 1: aaa ahhh...kena cuci gak ni..ambil kain basah..
x lama lps tu,sya rsa sentuhan2 d badan,myb cuci darah,byk la tu kot..lps tu rambut saya d balut dgn kain basah..cuci darah...proses tu x lama..
after a few minute,sya dgr mcm mak saya dtg..sya cba bka mata..cba jgk wlu rsa berat..dlm kesamaran tu nmpk la muka mak..lega..mak tya..kenapa tgn d ikat..mereka jawab..takut patients terkejut n meronta,so,kena ikat..owhhh..terjawab sudah soalan saya td..lepas sadr tu n nmpak muka mak sikit,perkataan pertama yg saya sebut 'nak kencing'...hahahah..lucu gak,tp msa tu saya perasan suara sya x keluar..huhuhh..biarkan dulu,sya nak kencing..saya terfikir,was-was..mcm mana nak kencing,x larat nak bgn ni,x pakai apa2 ni,lps bedah hari tu..nurse tu mcm fhm2 je fkrn aku.."kencing je,xyah risau..kencing je.."....kencing je???basah la kati..fikir aku.."kencing je..ade tube.."..ape??tube???alamak..diorang dah tengok la ni..aduiiii..nak malu apa lagi,dah nak jadi...aku pun dgn was-was..kencing je..lega..katil x basah..

ntah pukul berapa aku d pindahkan dari ICU ke wad bedah..aku masih mamai lagi...dalam wad 2 mggu saya terlantar d katil..beberapa hari sya minum air sahaja..mak suap..saya x dpt bangun langsung...pendek kata,mkn,minum,kencing berak,mandi,atas katil..1 hari tu,sya izinkan nurse yang buat semua,tukar pakaian,lampin,cuci itu ini...tp keesokan harinya,saya x sanggup...mak buat la..malu kat nurse..kat mak pun malu gak,tp apa blh buat...saya xmampu nak buat itu semua..mcm tu la selama 2 mggu..nurse selalu buat suction(sedut kahak)..seksa pun ada gak msa nak kuar kan kahak tu..kat badan ada wayar..untuk oksigen lagi,keluarkan darah kotor lagi(sya x igt la apa nama benda tu..medical term..puas fkr..arrgghhh)..tube kencing lagi..sedikit demi sedikit smua benda tu d tanggalkan dari bdn..bermula dengan tube kencing..bermula la episode,kembali ke zaman baby saya..huhuhuhu...beberapa hari kemudian,benda utk keluarkan darah kotor kat bahagian leher pulak d cabut..masa tu,saya cba bangun dari katil sedikit demi sedikit...duduk ats katil..

mggu ketiga...saya dah boleh ke toilet..1st time g toilet..sya tgk cermin..rupanya leher sya b'lubang..ada tube..trachy istilahnya..(xtau ejaan betul x)..tracheostomy..mcm tu la..tujuannya untuk membantu pernafasan n mengeluarkan kahak..after operation mmg byk kahak sya keluar..mst buat suction sll utk keluarkan..

mggu keempat..keadaan saya bertambah baik atas bantuan staff nurse d Putrajaya..selain mak..sya merayau2 dalam bilik..belajar buat suction sendiri..keadaan bertambah baik..doc pertimbangkan spy sya dpt balik sarawak...

ohhh yee...on sept 13 2011...
saya buat vocal cord test lagi skali..smggu lps operation..keputusannya:: kedua2 vocal cord saya x b'fungsi..sedihnya bila doc kata kedua2 x bergerak,bila doc suruh saya sebut E...saya cba beberapa kali,saya harap ada yang bergerak,tp keputusan msh sama..sya teringat kerjaya sya sebagai seorang guru yang mmg memerlukan suara yang lantang...sedihnya masa tu tuhan saje yang tahu...saya sedar masa tu,betapa saya mencintai kerjaya saya..tapi kekecewaan atas ujian itu..sangat melemahkan semangat saya...beberapa hari saya mengambil masa untuk pulih drpd memikirkan segala kemungkinan yang buruk..nurse yang menemani saya x terkata apa2,bila nmpk saya menangis..sblm kembali ke wad,saya cuci muka n mata..x nak mak nampak saya nangis..saya bagitau smua ok...tidak lama kemudian..datang nurse bagaitau saya,cba ttp lubang d leher n cba cakap..buat sll..insyaallah..kalau suara kluar,blh la ckp..saya cba jugak buat..kluarkan bunyi aaaaa...mula2 mmg x dpt..saya cba lagi,cba lagi..cba lagi n cba lagi..sampai saya penat...akhir nya sya dgr suara saya..."aaaaaaaa"...alhamdulillah..masih ada harapan lagi..keesokn harinya dan seterusnya,sya berlatih...dan akhirnya,sya dpt dengar suara saya semula...alhamdulillah...

lepas tu..kalau x silap 0n sept 28 0r 29 2011...fly to sarawak..diiringi oleh seorang doktor...trus admit di Hospital Kuching Sarawak selama seminggu sebelum balik kpg..sekian kisah saya..

acknowledgement:: thanks to doctors,staff nurse n praktical students at Putrajaya Hospital yang menjaga sya dengan baik, layanan tiptop...rajin tumbuk ubat utk saya (even skrg pun msh mkn ubat tumbuk...yg besar je la), buat suctian x kira masa bila saya panggil..awal pagi,tgh mlm...dtg dgn senyuman..rajin berborak dengan saya(practical students)...macam2 lagi la..paling spesel Dr.Nelson Inhaler..tradisional punya..best sedut guna mulut..berangin..

regard::
life is short, dont make it shorter..
life is short,make it much better
enjoy life
be wonderful...
lot of LOVE

Wednesday, September 7, 2011

The Day I was diagnose as Cancer Patient

(menulis sambil berselawat-selawat menenangkan jiwa- i try not to cry bcoz it make tired, sakit dada, n sesak nafas, badan berpeluh,tgn menggeletar..n if all that happen..x dpt la nk menaip dalam tok)

27.7.2011
Papillary Carcinoma with metastasis to the cervical lymph nodes.

sumpah...i don't know what does it mean. When the doctor give me the lab report..i read the report over n over again..then i look at the doctor, my insurance agents, my mom. i ask doctor. "what does it mean"...the doctor said "papillary carcinoma."

yes..i know i was papillary carcinoma, it was state in the lab report,but what does it mean...i'm so curious..the doctor seem don't want to tell me the truth.i look at my insurance agents.mereka berdua pun mcm nk x nak je cakap..dipendekkan cerita the doctor said.."i'll refer u to GH (Kuching General Hospital)...i'll write a letter to Dr Beena..u see her. she will explain to you." masa tu, saya dah fikir the worst thing ever...cancer.

i ask doctor..rawatan saya macam mana..doktor kata mungkin akan buat radioterapi or kemoterapi. kena jumpa dr beena dulu..

ok..esok terus jumpa Dr Beena. i decided to see Dr Beena keesokannya. keluar dr klinik tu, my insurance agents try to expalin to me, tp dalam bahasa yang berlapik la. x nak cakap betul2..so, dalam perjalanan balik ke rumah, i text my sister a nurse at GH and sister in law a nurse at Hospital Kapit.. they said, it was CANCER. saya menyandar kat kerusi kereta. tarik nafas panjang dan cuba bertenang n try not to cry..my mom was there..

28.7.2011
Jumpa Dr Beena, tp x dpt,kena buat janji temu dulu...so,dtg balik on 2.8.2011..

2.8.2011

masih nak berlapik..cakap aje la doktor yang sebenarnya.
she said "yes, it was cancer tiroid dan sudah sampai ke paru-paru sbb itu kamu berasa lelah dan cepat penat. tapi saya tidak pasti, samada ia sel kanser atau kuman. saya akan beri kamu pil untuk mengelakkan jangkitan.ok"

i ask doctor " tahap ke berapa dah ni?"
"hmmmm...3 0r 4"
"ok...3-4 tu maksudnya apa??"
"kamu jangan risau. sakit kamu blh disembuhkan..jgn risau."
"ok kalau mcm tu.sekarang saya on TB, mcmmana tu?"
"mulai sekarang berhenti makan pil TB..sbb kamu bkn pesakit TB..kamu mkn pil yang saya bagi"

mulai 2.8.2011 saya berhenti makan pil TB, sbb sblm disahkan cancer, saya d syaki sakit TB, sbb batuk b'panjangan dan ada bengkak di leher.tanda2 TB n cancer tiroid lbh krg sama..tambahan pula, keputusan x-ray dada saya tidak normal, sama seperti pesakit TB. masa mkn pil TB 2bln tu, teruk sangat..sumpah xnak mkn pil TB lagi..batuk makin menjadi dan selalu demam.

sekarang....
Papillary Carcinoma with metastasis to the cervical lymph nodes.

saya faham maksud di atas..ni keterangan saya, mengikut apa yg saya faham la..

kanser tiroid with metastasis..maksudnya sudah merebak ke tempat lain, saraf,limpa..
dalam kes saya, bengkak di leher itu sudah keras,menjadi batu, dan ada di beberapa bahagian di leher saya. bengkak itu tidak sakit, tp ia menyebabkan salur pernafasan saya semakin mengecil dan menurut doktor, peti suara saya di sebelah kiri sudah rosak, menjelaskan perubahan suara saya. kerosakan peti suara itu mungkin disebabkan...samada sel kanser menghimpit kawasan itu atau, sel kanser sudah merebah ke dalam saraf tersebut.

rawatan:
pembedahan...
dijadualkan pada Rabu 7 sept 2011...
tapi tak tahu lagi pukul berapa sbb sblm saya ada beberapa siri pembedahan.kalau pembedahan sblm saya ni berjalan lancar, so giliran saya pulak selepas itu...kira saya ni waiting list la...
kalau x sempat rabu, mungkin khamis 8 sept 2011..

sekarang 7 sept 2011 2:29am jam kat laptop...sambil dgr "tazkirah" dari Maher Zain - InsyaALLAH....
duduk atas katil Hospital Putrajaya sambil menaip, meluahkan semua...ada kwn2 kecik ati...sory ye..xtau nak cakap mcm mana..so, saya ambil keputusan untuk rahsiakan semua.hanya family n kawan terdekat je yang tahu. saya tak suka nak cerita tentang perkara sedih...x best..nak cerita yang best2 je..sory ye kawan-kawan semua..

post saya sebelum ni di bulan puasa tentang dugaan..itu hint pertama, i try to tell u all, i don't know how, so i berkias la..sbb msa tu saya dpt tahu sakit saya yang sebenar..cancer thyroid stage 4..sedih mmg sedih la..jarang dapat sakit, ni ALLAH nak uji..i try not to cry in front of my family, smile owez in front of them...xnak nangis jugak sbb akan asma lps tu,lagi ssh..menangis dalam hati..kalau rasa nk menangis to, terus selawat n zikir banyak2..tenangkan hati..saya baca yasin, buat air yasin untuk makan ubat..air dalam botol hijau yang saya selalu kepit tu la..

dapat cuti mengajar (mc) selama sebulan di bulan puasa..x puasa sbln sbb kena mkn ubt, kuarantin di bln puasa, xblh keluar bilik..lps ni kena ganti puasa sebulan..kaki saya sejuk la,tp badan saya panas...kenapa ya???malam semalam sejuk je..

ok la..dah dekat pukul 3 ni..saya nak log out nak tidur..beberapa jam lepas ni saya akan dibedah.kawan2 tolong doakan saya ya..harap semua berjalan dengan lancar n semua risiko tu dapat dielakkan..saya paling takut kehilangan suara, sebab saya nk guna suara ni utk mendidik. saya sudah berniat juga msa saya kerja sbg GSTT dulu dan masa isi borang dpli, kalau saya dapat jadi cikgu,saya ign kembali mengajar anak2 di kawasan saya..sekarang saya sdh dipostingkan di sekolah lama saya..jd saya harap dpt terus mendidik mereka.itu yg saya doakan stiap kali..

kepada semua yang mengenali..saya mohon maaf..harap dapat maafkan saya.kita tidak tahu apa akan terjadi selepas ini.pembedahan saya ni byk risiko seperti yg diterangkan oleh 3org doktor sebelum ini..jadi, maafkan semua kesalahan saya,halalkan makan minum saya, kalau ada hutang tu...hmmm..kalau saya sembuh..datang mintak kat saya..jangan tangguh..ok..

semasa anda membaca post ini, saya mungkin dalam bilik pembedahan or sudah selamat menjalani pembedahan, or pembedahan ditangguh ke hari khamis atau sebaliknya...tetap berharap semua berjalan dengan lancar..dengan izin ALLAH swt..

ALLAH swt...tempat mengadu n memohon semua..syukur..dan hamba mohon mudahkanlah segalanya bagi hambaMu yang lemah ini...kuatkan hati,minda,fizikal,mental..tabahkan hati,kuatkan iman...agar dapat melepasi ujian dariMu...hamba tahu, ALLAH swt, tidak akan menguji hambaNya di luar batas kemampuan hambaNya..sebab itu,hamba yakin dapat melepasi ujian ini...tp dengan izinMu Ya ALLAH..perkenan kanla..agar hamba dapt melaluinya,menempuhinya...amin...
ALLAH swt selamatkan aku dan semua orang...dan syukur kepada ALLAH swt atas kurniaNya, walaupun di uji mcm ni, saya tahu ramai yang sayangkan saya...=) alhamdulillah..ada hikmahNya..

to mak, setiap kali g hospital mst nya ada, ssh hati ngga nya.masa admit hospital,nya tdo kat hospital juak...d KPJ dolok selesa sikit..kat ctok nya tdo akta kerusi..tp dpt baring la..nasib dpt mintak bantal n selimut..masa shopping ngn mak, kalau boleh, dia xnak saya angkat bakul..saya boleh angkat bakul la...boleh lagi bawa barang2 ke kereta..wlpn penat sikit..tp still boleh lagi..makaseh mak,sayang mak..
bapak pun sama...berabis dah sbb saya la..hmmm..makaseh bapak..sayang bapak..

family,kak sita...pakar pemakanan,pembekal ikan semah..hehe..puas mkn ikn semah dari kapit raya tek..beraya ngn ikan semah..makaseh kak sita...kak et..sll tya perkembangan..tukang mntk ubat mun ubat abis...family yang faham,bilah,azie,bang man...bang bakz..driver ke hospital..hehe..abg keyokz,kak fiza..gajak..umi..nya tauk x owh..apapun family faham saya x boleh keja berat d umah..sbb cpt penat..thanks semua family..

and special thanks to My Uncle Spongebob (sya jenis yg x suka jumpa doktor,but my uncle did it,he bring me to doctor,saya jenis yg ssh nk telan ubat,my uncle did it, sll pksa saya mkn ubt.jahat ktk tok bertempat owh..hehe..sekarang,alah bisa,tegal biasa..mula2 dulu sll merungut pd my uncle,sbb kena mkn ubt TB) u really a my spongebob...owez try to make me happy juz like spongebob squrepant,apa je ubat yg berkaitan dgn kanser,dia beli utk saya wlpn ssh utk ddpati, gave me tazkirah....semangat...and your LOVE...hmmm..thanks ya sayang sbb sentiasa bersama kmk.sory mun kmk pernah terfikir nak..hmm..ktk x suka kmk sebut..so kmk x sebut la...=) he owez positive...make me positive..semua la,mengadu kat nya..selain pada ALLAH swt..
sayang ngn Uncle...thanks atas tazkirahnya..walaupun....huhuhu...kmk dah sedia tok..insyaALLAH..kmk akan igt pesan ktk tek.. before dibius k...knek tok pun dah mula juak..

kwn yang beri moral support to me..thanks..rony(khairenny,sue,ider world,inang...wlpn lost contact,tp tauk juak...zue,kak nor,kak yati,nik(uncle nicholas saputra...hehe, or Dude Harlino,mun kmk sembuh,kmk maok beras huma,mkn nasi lembut)

thanks dan maaf dipohon...

apapun...nikmati hidup seadanya..enjoy juak tp jgn lupa diri,asal usul..x salah nikmati hidup coz life is juz wonderful...really..berpada-pada la..

Saturday, August 13, 2011

GADIS CUCI the movie...


cuci kereta with ayah..


rajin cuci kreta..nang nya suka


kadang-kadang, nya ngajak cuci kereta..



she really enjoy this time...she like it so much

washing are cars....

she really love water....
sambil cuci, sambil main air..


our gadis cuci..


lovely Ainul Nayli Firdina

regard::
life is beautiful..

Friday, August 12, 2011

HUTANG oh HUTANG

baru 12 Ramadhan...saya rasa pasti ramai yang sudah berkira-kira budget untuk raya, entah-entah sebulan sebelum puasa lagi dah berkira-kira utk raya..cat rumah, langsir baru, sofa baru, baju raya, kek raya, biskut raya, budget utk rumah terbuka...mcm2 la nak difikirkan..

kalau boleh, berbelanjalah ikut kemampuan sendiri..sediakan juadah ala kadar sahaja. jangan sampai berhutang sana sini. sebelum berhutang lagi, igt balik hutang kita yang belum berbayar. kalau boleh tu, jangan la boros sangat sampai membebankan orang lain. belanja tak nak barang yang murah, nak yang mahal jugak...sofa nak yang mahal jugak..

si isteri pulak, jgn berlebih-lebihan..ikut kemampuan suami bila berbelanja..ya, sekarang memang ramai suami isteri sama2 bekerja...tp harus lah seimbangkan..jangan sampai membebankan suami..kalau nak berbelanja tu,sebaik-baiknya, tanya pendapat suami dahulu. kadang2 suami ni, dia x nak kecewakan isteri, walaupun sebenarnya "tiada fulus" dia iakan sahaja permintaan isteri..yang susahnya, suami..

si suami pun satu...kalau dah xde tu, cakap la takde..nak juga diadakan...terpulang la kalau nak adakan juga,tp ikut kemampuan la...kalau meminjam pada org lain...fikirkan org lain tu juga..dia mungkin ada keperluan dia juga..kita mana tahu...sekarangkan ramadhan...nak sambut raya...orang lain tu pun nak beraya dan mcm2 lagi yang perlu dia fikirkan...

saya x kisah orang meminjam,tp kena la beringat sendiri...kalau dah namanya hutang, kena la bayar kan..jangan ingat nak pinjam je...nak bayar tak ingat pulak...saya dah banyak berhadapan dengan org yang suka berhutang dan payah nk bayar ni...sbb itu la saya berhati2 kalau nk meminjam, wang terutamanya..hmmm..ptptn pun x habis byr lagi nih...mak!!! aku hutang bil hospital ngn ktk...saba mak, tggu claim insurans lok...heheh

hutang oh hutang.....harap dapat langsaikan segera..

Wednesday, August 10, 2011

Thank You ALLAH s.w.t

BULAN RAMADHAN. Bulan yang mulia dan bulan yang dinantikan oleh seluruh umat Islam..ramai yang mengambil kesempatan di bulan ramadhan ini untuk membersihkan hati mereka, maklum la...bulan ramadhan iblis dan syaitan semua dibelenggu.senang sikit kot,xde siapa nak hasut buat dosa...tapi,jangan lupa, ALLAH tinggalkan nafsu kepada kita. bulan puasa ni adalah jihad menahan hawa nafsu.

ALHAMDULILLAH. kita masih diberi kesempatan menghirup udara di bulan ramadhan ini sekaligus menjalankan ibadah puasa. walaupun ada di kalangan kita ditimpa musibah di bulan ini, ingatlah, itu tanda ALLAH s.w.t sayangkan kita. musibah yang DIA berikan kepada kita secara individu ataupun kepada keluarga adalah tanda ALLAH s.w.t masih sayang dan ingat kewujudan kita di bumi ini.

CUBA BAYANGKAN.....kalau kita tidak pernah ditimpa musibah oleh ALLAH s.w.t, hidup dilimpahi dengan kemewahan, dapat projek berjuta, naik pangkat, dapat bonus drpd bos, laluan hidup kita terlalu mudah..kita mungkin akan lupa siapa diri kita dan dari mana asal kita..seterusnya kita akan lupa Pencipta kita, yang telah melimpahkan rahmatNya kepada kita. kita akan terus lalai dari mengingati ALLAH s.w.t sehingga suatu saat kita terlambat untuk mengingati ALLAH s.w.t.

ANGGAPLAAH....apa sahaja musibah yang sedang dilalui, bencana alam, kemiskinin, kesakitan, kedukaan, keseorangan, sebagai tanda ingatan ALLAH s.w.t kepada kita. redha dengan musibah yang mendatang dan terima dengan senyuman..akhir sekali, ALHAMDULILLAH, thank you ALLAH s.w.t kerana sentiasa mengingati kita, walau seribu langkah kita menjauh dariNya, DIA tetap berada di sisi kita..

INGATLAH.....sebesar manapun dugaan yang ALLAH s.w.t berikan kepada kita, DIA tahu kita mampu untuk menghadapinya kerana ALLAH s.w.t tidak akan menduga kita di luar kemampuan kita. dengan keyakinan ini, bersabarlah wahai rakan-rakan yang ditimpa musibah di bulan ini, yakin dan percaya pada ALLAH s.w.t...ALLAH s.w.t tidak akan membebankan kita dengan dugaan yang tidak mampu kita pikul...yakin dan percaya pada diri kita sendiri...kita mampu menghadapi dugaan tersebut dengan rahmat ALLAH s.w.t, kehadiran keluarga tersayang, rakan-rakan yang mengambil berat dan kekasih tersayang... jangan lupa senyum walau dalam musibah. =)

regard::
thanks to ALLAH
kerana menghadirkan keluarga tersayang,
rakan-rakan yang prihatin,
dan memberikan aku seorang insan yang sangat mengambil berat ttg aku tanpa sebarang syarat
life is juz wonderful =)

Monday, June 6, 2011

AKU seorang PELAJAR-dulu,kini dan selamanya....

AKU seorang PELAJAR
DULU, maksud pelajar bagi aku adalah pelajar sekolah, Darjah 1-6 blajar ABC, 123, tambah tolak darab bahagi, Tingkatan 1-5 upgrade sikit, blajar sastera, theorem Pythagoras serta rumus yang pelbagai, pelajar kolej, pelajar universiti blajar teori...teori Maslow, teori Skinner, mcm2 jenis teori.
lepas tu, ada exam utk menguji tahap kita..

KINI, bila sudah agak dewasa, aku masih lagi belajar. belajar memahami...ini tidak terdapat di dalam silibus di mana2 sekolah. memahami perasaan org lain, belajar menghargai orang sekeliling, belajar mencintai dan dicintai dan mencari diri....ini kita dapat drpd pengalaman. itu juga dipanggil belajar...'belajar dari pengalaman'
teringat satu lirik lagu..

pengalaman..
telah mendewasakan
mematangkan fikiran...
pahit getir yang pernah ku lalui
guruku sejati...

teringat juga kata-kata seorang pensyarah masa di UNIMAS, masa blajar LIFESPAN, dia kata, "biarkan anak2 kita terjatuh, biarkan dia menangis bila terjatuh...biarkan...sebab itu adalah pengalaman pertama belajar berjalan..."
"biarkan anak2 kita panjat meja..bila dia jatuh, di hari lain dia akan teringat kejatuhan itu dan akan lebih hati2..itu adalah pengalaman"
memang ada betulnya kata2 pensyarah ku waktu itu..
pengalaman mengajar kita...
dalam hidup pun ada ujian juga, untuk menguji kita. uji tahap iman, uji akal, penaakulan, membuat keputusan dll...ujian ALLAH s.w.t

DI SINI, aku ada satu persoalan. kenapa ibubapa sekarang terlalu manjakan anak2 mereka. kalau dulu, aku mengadu kat mak ayah pasal cikgu pukul aku di sekolah, dia akan pukul aku balik. sekarang, nak jentik pelajar2 sekolah sikit punyalah susah. tunggu la Berita Terkini TV3 malam nanti, confirm ada..tajuk utama.
belajar daripada pengalaman adalah lebih indah, wahai Ibu Bapa tercinta. biarkan anak2 anda meneroka dunia mereka tetapi di bawah pengawasan anda..(bukan nk ngajar org tua ngaja anak..,juz beri pendapat)

SELAMANYA, kita adalah seorang pelajar di bumi ini. tidak semestinya pelajar sekolah adalah pelajar, tidak semestinya pelajar universiti adalah pelajar...bukan hanya mereka..tetapi seorang guru juga pelajar...GURU mendidik, mengajar dan juga BELAJAR daripada anak didik mereka. BELAJAR maksudku di sini ialah belajar erti sabar, belajar cara kontrol kelas, belajar 'menjinakkan' anak didik supaya mereka mahu BELAJAR..
IBUBAPA... mereka mendapat ilmu keibubapaan daripada sekeliling mereka, anak2 mereka dan keluarga mereka..
siapapun kita, kita adalah PELAJAR...
ambillah ilmu sebanyak manapun daripada sekeliling anda,org sekeliling anda dan benda sekeliling anda..anda akan kenali siapa anda sebenar..

AKU seorang PELAJAR
dan masih BELAJAR
AKU mahu BELAJAR lagiiiiii....

regard:
life is beautiful
and wonderful
don't waste it...

Thursday, June 2, 2011

Ceritera cinta seorang AKU - 4

Seorang pemuda melangkah masuk ke pintu restoran. Daripada gambar yang pernah aku tengok sebelum ini, itu adalah bakal suamiku. Dia menghampiri meja AKU. Aku semakin yakin bahawa itu adalah pemuda yang telah dijodohkan dengan ku. Agaknya inilah Asyraf Haiqal. Tetapi, kehadiran seorang gadis cantik disebelahnya membuat aku tertanya-tanya.

Asyraf :: Mia Qasandra??

Aku hanya menganggukkan kepala mengiakan. Dia menarik kerusi untuk gadis di sebelahnya sebelum dia duduk, mendepaniku. Aku mengunci diri. Kehadiaran seorang gadis bersamanya seakan telah mengunci mulutku untuk berbicara mahupun bertanya khabar.

Gadis :: Owh, jadi ini ke bakal isteri abang..???

Gadis tadi bertanya sinis. Aku tersenyum pahit. Siapalah agaknya perempuan ni. Dia memaut tangan pemuda itu dengan erat. Asyraf pula mengusap tangan gadis itu mesra.

Asyraf :: Perkenalkan, ini Arisa isteri saya.

Aku terpaku. Asyraf sudah mempunyai isteri, tetapi kenapa dia masih bersetuju dengan perkahwinan ini. Aku tidak faham dengan gaya pemikiran lelaki itu. Apa sebenarnya yang dia mahukan dari perkahwinan ini.

AKU :: Kalau awak sudah berkahwin, kenapa awak bersetuju dengan rencana pernikahan kita. Dalam masa sebulan lagi kita akan menikah.

Aku memberanikan diri bertanya padanya. Aku tidak mahu sebarang masalah timbul selepas perkahwinan kami nanti. Walaupun perkahwinan kami bukan atas dasar cinta, tetapi atas dasar tanggungjawab terhadap keluarga, aku tetap berharap agar perkahwinan ini akan kekal selamanya. Aku amat mengharapkan agar aku bahagia dengan perkahwinan ini.

Asyraf :: Kita akan tetap berkahwin, menjadi pasangan suami isteri di hadapan papa dan mama. Tapi, Arisa akan tetap menjadi isteri saya yang sebenar.

AKU :: What do u mean???

Aku bengang dengan jawapan Asyraf. Lelaki tidak berpendirian. Dia ingat aku ni apa. A toy??

AKU :: No way, Asyraf. Kalau macam ni aku tidak akan berkahwin dengan kamu.

Asyraf :: So, kamu nak batalkan perkahwinan ini?? Baiklah, saya tak kisah. Awak bagitahu kat mama dan papa awak yang awak tak mahu kahwin. Boleh??

Aku terdiam. Aku mula sedar, aku dan Asyraf tidak mempunyai banyak pilihan dalam perkara ini. Apa pilihan yang aku ada. Jika aku membantah perkahwinan ini, papa pasti akan marah. Kalau papa sudah buat keputusan aku dan mama tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantah keputusan papa lagi. Tetapi adakah aku sanggup menjadi isteri kedua kepada lelaki ini. Satu perkara yang menghairankan aku, kenapa ibu bapa Asyraf masih bersetuju untuk mengahwinkan aku dengan anak mereka sedangkan Asyraf sudah mempunyai isteri. Dan kenapa mama dan papa berkeras mahu menjodohkan aku dengan Asyraf. Ya ALLAH, sekiranya ini salah satu ujian dari-Mu kau tabahkanlah hati ku untuk menghadapinya. Kau kuatkan lah hatiku untuk menghadapi semua ini.

Aku balik ke Villa Karmila dengan perasaan sebal. Aku sememangnya tidak menyetujui perkahwinan ini, tetapi aku mengharapkan yang terbaik dalam hidupku. Bukannya menjadi isteri kedua kepada seorang lelaki yang sangat dangkal pemikirannya. Kenapa harus memaksa terus untuk berkahwin, andai dia sudah mempunyai pilihan hati. Papa, what so great about him sehinggakan papa sanggup menjodohkan aku dengannya. Aku tidak kisah jika papa ingin menjodohkan aku dengan sesiapa pun. Tetapi bukan dia.

Aku membuang pandang ke siling ketika pintu bilik ku diketuk. Pintu terkuak setelah aku mengarahkan masuk. Mama terpacul di muka pintu dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. Barangkali, dia gembira anak gadis dia satu-satunya akan berkahwin tidak lama lagi.

Mama :: Macam mana perjumpaan tadi??

Aku menjawab soalan mama dengan senyuman. Biarlah mama menyangka semuanya baik-baik sahaja. Aku tidak mahu membebankan mama dengan pelbagai masalah lagi.

AKU :: Ok saja, ma.. mama jangan risau,k.

Mama :: Mama gembira sebab akhirnya kamu bersetuju untuk berkahwin dengan Asyraf. Dia adalah pilihan yang terbaik untuk kamu. Mama yakin kamu akan bahagia bersama.

AKU :: Mia pun harap macam tu juga, ma.

Mama senyum, bahagia. Tapi ma, Mia merasakan ini pengakhiran hidup Mia. Mia tidak nampak jalan bahagia bersama Asyraf. Dia sudah beristeri ma. Mia ni bakal isteri kedua, isteri kedua ma. Macamana Mia nak menghadapi semua itu. Air mata jatuh di pipiku tanpa aku sedari.

Mama :: Kenapa menangis ni sayang.

Aku tersentak dengan teguran mama. Aku cepat-cepat menyeka air mata yang sudah mengalir di pipi.

Mama :: Mia kenapa ni sayang?

Mama bertanya lagi, dengan penuh keprihatinan. Aku tidak sanggup membiarkan mama tertanya-tanya. Aku hanya menggelengkan kepala.

AKU :: takde apa2 lah ma. Mia menangis kerana gembira. Tak lama lagi Mia akan menjadi isteri orang. Mama pula akan dapat menantu, kan. Mama tak gembira ke??

Aku berdalih agar mama tidak banyak soal. Mataku memandang tepat ke dalam mata mama, dan tangannya ku genggam erat, aku memerlukan kekuatan dan semangat dari mama untuk mendepani hidup sebagai isteri kedua.

Mama :: mama gembira sangat sayang.

Mama senyum dan menggenggam erat tanganku, memberikan kekuatan. Mama tahu, kamu tidak setuju dengan perkahwinan ini,tapi mama tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantah kata-kata papa. Maafkan mama sayang. Mama meminta diri balik ke biliknya. Aku hanya menganggukkan kepala dan menghantar langkah mama dengan pandangan kosong ke pintu. Aku masih memikirkan kejadian di perjumpaan pertama kami tadi.

Saturday, May 7, 2011

CUTI....bertunang..berkahwin..

Cuti sekolah datang lagi. Selamat bercuti semua..
Selamat Menyambut Hari Gawai kepada rakan-rakan yang menyambut Gawai.."Gayu Guru Gerai Nyamai"
Cuti sekolah memang seronok...
tak payah bangun awal pagi
bersiap pergi kerja...
boleh tonton my favorite drama series,
boleh tonton my favorite tv show..
bleh mkn best2 kat umah..
makanan kat kantin xbest..
tiap ari menu sama je..

musim cuti ni ramai la kengkawan yang bertunang..berkahwin..
memang full cuti ni dengan jemputan kahwin
kat mana2,ada je jemputan..
ex- pun dah kahwin..
hmmmm
saya juga yang masih sendiri
mak pun tanya..
"kau bila lagi...."
huahuahua

pembuka bicara

huhhh..lamanya dah x update blog tok..sama dengan usia broadband ku yg x dibayar..huahuahua
bkn apa..malas nak bayar dulu..banyak benda nak kena fikir..dari januari hingga la ni.kena refresh tatabahasa,sebab nak ngajar budak2 ni..yang aku bengang..jadual aku dah tuka banyak kali n aku dah prepare boleh kata byk la jugak bahan untuk ngaja budak2 ni..mula2 ajar form 4..dalam sebulan dua lps tu,kena tuka balik, ajar form 1 pulak..aku dah syok giler ngaja budak2 form 4..dpt pulak pelajar yang ada "masalah pembelajaran"...masak la aku.aku bukan opsyen bahasa melayu pun,tp aku tetap ngaja jugak..mmg dah niat aku nak mendidik budak2 kat kawasan aku ni sblm aku dpt tawaran ni...tak kisah la ngaja subjek apa pun..
lepas tu terlibat dengan Drama Komsas pulak...ni yang aku seronok sangat..kami buat drama Inflakasta dari buku Antologi Gema Sepi Gadis Genius.aku mmg respect la kat student aku..mereka buat yang terbaik wok..costume very excellent, aku siap jemput make-up artist lagi..lakonan mmg mantap..ni pada pandangan aku la...tp malangnya,nasib tidak menyebelahi kami..dpt no 2...agak mengecewakan la..lepas ni ada "Bahasa Bermadah" pulak atau Choral Speaking..aku langsung tak tahu apa benda ni..puas la tanya kat my uncle..ptg ni (2.30ptg) ada meeting kat Dewan Bahasa dan Pustaka..pasal ni la..
sekarang ni, peperikasaan penggal sedang berjalan..paper bahasa melayu dah lepas..1st day exam..pening la semak lbh2 lagi karangan..aku tak semak lagi pelajar yang ada "masalah pembelajaran" tu..sebut pasal exam n pelajar tu,aku teringat something..masa aku dok jaga kelas tu,ada la budak ni..masa tu exam lukisan...budak ni,punya la rajin dia,15 minit sebelum masa berakhir, dia sapu sampah dalam kelas..bayangkan tengah exam dia buat macam tu..budak2 lain semua dah sengih2,terpinga2..buat x layan je..dia mmg mcm tu..
ini lah antara yang terjadi pada aku kat skolah...


regard:
life is wonderful