Monday, June 6, 2011

AKU seorang PELAJAR-dulu,kini dan selamanya....

AKU seorang PELAJAR
DULU, maksud pelajar bagi aku adalah pelajar sekolah, Darjah 1-6 blajar ABC, 123, tambah tolak darab bahagi, Tingkatan 1-5 upgrade sikit, blajar sastera, theorem Pythagoras serta rumus yang pelbagai, pelajar kolej, pelajar universiti blajar teori...teori Maslow, teori Skinner, mcm2 jenis teori.
lepas tu, ada exam utk menguji tahap kita..

KINI, bila sudah agak dewasa, aku masih lagi belajar. belajar memahami...ini tidak terdapat di dalam silibus di mana2 sekolah. memahami perasaan org lain, belajar menghargai orang sekeliling, belajar mencintai dan dicintai dan mencari diri....ini kita dapat drpd pengalaman. itu juga dipanggil belajar...'belajar dari pengalaman'
teringat satu lirik lagu..

pengalaman..
telah mendewasakan
mematangkan fikiran...
pahit getir yang pernah ku lalui
guruku sejati...

teringat juga kata-kata seorang pensyarah masa di UNIMAS, masa blajar LIFESPAN, dia kata, "biarkan anak2 kita terjatuh, biarkan dia menangis bila terjatuh...biarkan...sebab itu adalah pengalaman pertama belajar berjalan..."
"biarkan anak2 kita panjat meja..bila dia jatuh, di hari lain dia akan teringat kejatuhan itu dan akan lebih hati2..itu adalah pengalaman"
memang ada betulnya kata2 pensyarah ku waktu itu..
pengalaman mengajar kita...
dalam hidup pun ada ujian juga, untuk menguji kita. uji tahap iman, uji akal, penaakulan, membuat keputusan dll...ujian ALLAH s.w.t

DI SINI, aku ada satu persoalan. kenapa ibubapa sekarang terlalu manjakan anak2 mereka. kalau dulu, aku mengadu kat mak ayah pasal cikgu pukul aku di sekolah, dia akan pukul aku balik. sekarang, nak jentik pelajar2 sekolah sikit punyalah susah. tunggu la Berita Terkini TV3 malam nanti, confirm ada..tajuk utama.
belajar daripada pengalaman adalah lebih indah, wahai Ibu Bapa tercinta. biarkan anak2 anda meneroka dunia mereka tetapi di bawah pengawasan anda..(bukan nk ngajar org tua ngaja anak..,juz beri pendapat)

SELAMANYA, kita adalah seorang pelajar di bumi ini. tidak semestinya pelajar sekolah adalah pelajar, tidak semestinya pelajar universiti adalah pelajar...bukan hanya mereka..tetapi seorang guru juga pelajar...GURU mendidik, mengajar dan juga BELAJAR daripada anak didik mereka. BELAJAR maksudku di sini ialah belajar erti sabar, belajar cara kontrol kelas, belajar 'menjinakkan' anak didik supaya mereka mahu BELAJAR..
IBUBAPA... mereka mendapat ilmu keibubapaan daripada sekeliling mereka, anak2 mereka dan keluarga mereka..
siapapun kita, kita adalah PELAJAR...
ambillah ilmu sebanyak manapun daripada sekeliling anda,org sekeliling anda dan benda sekeliling anda..anda akan kenali siapa anda sebenar..

AKU seorang PELAJAR
dan masih BELAJAR
AKU mahu BELAJAR lagiiiiii....

regard:
life is beautiful
and wonderful
don't waste it...

Thursday, June 2, 2011

Ceritera cinta seorang AKU - 4

Seorang pemuda melangkah masuk ke pintu restoran. Daripada gambar yang pernah aku tengok sebelum ini, itu adalah bakal suamiku. Dia menghampiri meja AKU. Aku semakin yakin bahawa itu adalah pemuda yang telah dijodohkan dengan ku. Agaknya inilah Asyraf Haiqal. Tetapi, kehadiran seorang gadis cantik disebelahnya membuat aku tertanya-tanya.

Asyraf :: Mia Qasandra??

Aku hanya menganggukkan kepala mengiakan. Dia menarik kerusi untuk gadis di sebelahnya sebelum dia duduk, mendepaniku. Aku mengunci diri. Kehadiaran seorang gadis bersamanya seakan telah mengunci mulutku untuk berbicara mahupun bertanya khabar.

Gadis :: Owh, jadi ini ke bakal isteri abang..???

Gadis tadi bertanya sinis. Aku tersenyum pahit. Siapalah agaknya perempuan ni. Dia memaut tangan pemuda itu dengan erat. Asyraf pula mengusap tangan gadis itu mesra.

Asyraf :: Perkenalkan, ini Arisa isteri saya.

Aku terpaku. Asyraf sudah mempunyai isteri, tetapi kenapa dia masih bersetuju dengan perkahwinan ini. Aku tidak faham dengan gaya pemikiran lelaki itu. Apa sebenarnya yang dia mahukan dari perkahwinan ini.

AKU :: Kalau awak sudah berkahwin, kenapa awak bersetuju dengan rencana pernikahan kita. Dalam masa sebulan lagi kita akan menikah.

Aku memberanikan diri bertanya padanya. Aku tidak mahu sebarang masalah timbul selepas perkahwinan kami nanti. Walaupun perkahwinan kami bukan atas dasar cinta, tetapi atas dasar tanggungjawab terhadap keluarga, aku tetap berharap agar perkahwinan ini akan kekal selamanya. Aku amat mengharapkan agar aku bahagia dengan perkahwinan ini.

Asyraf :: Kita akan tetap berkahwin, menjadi pasangan suami isteri di hadapan papa dan mama. Tapi, Arisa akan tetap menjadi isteri saya yang sebenar.

AKU :: What do u mean???

Aku bengang dengan jawapan Asyraf. Lelaki tidak berpendirian. Dia ingat aku ni apa. A toy??

AKU :: No way, Asyraf. Kalau macam ni aku tidak akan berkahwin dengan kamu.

Asyraf :: So, kamu nak batalkan perkahwinan ini?? Baiklah, saya tak kisah. Awak bagitahu kat mama dan papa awak yang awak tak mahu kahwin. Boleh??

Aku terdiam. Aku mula sedar, aku dan Asyraf tidak mempunyai banyak pilihan dalam perkara ini. Apa pilihan yang aku ada. Jika aku membantah perkahwinan ini, papa pasti akan marah. Kalau papa sudah buat keputusan aku dan mama tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantah keputusan papa lagi. Tetapi adakah aku sanggup menjadi isteri kedua kepada lelaki ini. Satu perkara yang menghairankan aku, kenapa ibu bapa Asyraf masih bersetuju untuk mengahwinkan aku dengan anak mereka sedangkan Asyraf sudah mempunyai isteri. Dan kenapa mama dan papa berkeras mahu menjodohkan aku dengan Asyraf. Ya ALLAH, sekiranya ini salah satu ujian dari-Mu kau tabahkanlah hati ku untuk menghadapinya. Kau kuatkan lah hatiku untuk menghadapi semua ini.

Aku balik ke Villa Karmila dengan perasaan sebal. Aku sememangnya tidak menyetujui perkahwinan ini, tetapi aku mengharapkan yang terbaik dalam hidupku. Bukannya menjadi isteri kedua kepada seorang lelaki yang sangat dangkal pemikirannya. Kenapa harus memaksa terus untuk berkahwin, andai dia sudah mempunyai pilihan hati. Papa, what so great about him sehinggakan papa sanggup menjodohkan aku dengannya. Aku tidak kisah jika papa ingin menjodohkan aku dengan sesiapa pun. Tetapi bukan dia.

Aku membuang pandang ke siling ketika pintu bilik ku diketuk. Pintu terkuak setelah aku mengarahkan masuk. Mama terpacul di muka pintu dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. Barangkali, dia gembira anak gadis dia satu-satunya akan berkahwin tidak lama lagi.

Mama :: Macam mana perjumpaan tadi??

Aku menjawab soalan mama dengan senyuman. Biarlah mama menyangka semuanya baik-baik sahaja. Aku tidak mahu membebankan mama dengan pelbagai masalah lagi.

AKU :: Ok saja, ma.. mama jangan risau,k.

Mama :: Mama gembira sebab akhirnya kamu bersetuju untuk berkahwin dengan Asyraf. Dia adalah pilihan yang terbaik untuk kamu. Mama yakin kamu akan bahagia bersama.

AKU :: Mia pun harap macam tu juga, ma.

Mama senyum, bahagia. Tapi ma, Mia merasakan ini pengakhiran hidup Mia. Mia tidak nampak jalan bahagia bersama Asyraf. Dia sudah beristeri ma. Mia ni bakal isteri kedua, isteri kedua ma. Macamana Mia nak menghadapi semua itu. Air mata jatuh di pipiku tanpa aku sedari.

Mama :: Kenapa menangis ni sayang.

Aku tersentak dengan teguran mama. Aku cepat-cepat menyeka air mata yang sudah mengalir di pipi.

Mama :: Mia kenapa ni sayang?

Mama bertanya lagi, dengan penuh keprihatinan. Aku tidak sanggup membiarkan mama tertanya-tanya. Aku hanya menggelengkan kepala.

AKU :: takde apa2 lah ma. Mia menangis kerana gembira. Tak lama lagi Mia akan menjadi isteri orang. Mama pula akan dapat menantu, kan. Mama tak gembira ke??

Aku berdalih agar mama tidak banyak soal. Mataku memandang tepat ke dalam mata mama, dan tangannya ku genggam erat, aku memerlukan kekuatan dan semangat dari mama untuk mendepani hidup sebagai isteri kedua.

Mama :: mama gembira sangat sayang.

Mama senyum dan menggenggam erat tanganku, memberikan kekuatan. Mama tahu, kamu tidak setuju dengan perkahwinan ini,tapi mama tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantah kata-kata papa. Maafkan mama sayang. Mama meminta diri balik ke biliknya. Aku hanya menganggukkan kepala dan menghantar langkah mama dengan pandangan kosong ke pintu. Aku masih memikirkan kejadian di perjumpaan pertama kami tadi.

Saturday, May 7, 2011

CUTI....bertunang..berkahwin..

Cuti sekolah datang lagi. Selamat bercuti semua..
Selamat Menyambut Hari Gawai kepada rakan-rakan yang menyambut Gawai.."Gayu Guru Gerai Nyamai"
Cuti sekolah memang seronok...
tak payah bangun awal pagi
bersiap pergi kerja...
boleh tonton my favorite drama series,
boleh tonton my favorite tv show..
bleh mkn best2 kat umah..
makanan kat kantin xbest..
tiap ari menu sama je..

musim cuti ni ramai la kengkawan yang bertunang..berkahwin..
memang full cuti ni dengan jemputan kahwin
kat mana2,ada je jemputan..
ex- pun dah kahwin..
hmmmm
saya juga yang masih sendiri
mak pun tanya..
"kau bila lagi...."
huahuahua

pembuka bicara

huhhh..lamanya dah x update blog tok..sama dengan usia broadband ku yg x dibayar..huahuahua
bkn apa..malas nak bayar dulu..banyak benda nak kena fikir..dari januari hingga la ni.kena refresh tatabahasa,sebab nak ngajar budak2 ni..yang aku bengang..jadual aku dah tuka banyak kali n aku dah prepare boleh kata byk la jugak bahan untuk ngaja budak2 ni..mula2 ajar form 4..dalam sebulan dua lps tu,kena tuka balik, ajar form 1 pulak..aku dah syok giler ngaja budak2 form 4..dpt pulak pelajar yang ada "masalah pembelajaran"...masak la aku.aku bukan opsyen bahasa melayu pun,tp aku tetap ngaja jugak..mmg dah niat aku nak mendidik budak2 kat kawasan aku ni sblm aku dpt tawaran ni...tak kisah la ngaja subjek apa pun..
lepas tu terlibat dengan Drama Komsas pulak...ni yang aku seronok sangat..kami buat drama Inflakasta dari buku Antologi Gema Sepi Gadis Genius.aku mmg respect la kat student aku..mereka buat yang terbaik wok..costume very excellent, aku siap jemput make-up artist lagi..lakonan mmg mantap..ni pada pandangan aku la...tp malangnya,nasib tidak menyebelahi kami..dpt no 2...agak mengecewakan la..lepas ni ada "Bahasa Bermadah" pulak atau Choral Speaking..aku langsung tak tahu apa benda ni..puas la tanya kat my uncle..ptg ni (2.30ptg) ada meeting kat Dewan Bahasa dan Pustaka..pasal ni la..
sekarang ni, peperikasaan penggal sedang berjalan..paper bahasa melayu dah lepas..1st day exam..pening la semak lbh2 lagi karangan..aku tak semak lagi pelajar yang ada "masalah pembelajaran" tu..sebut pasal exam n pelajar tu,aku teringat something..masa aku dok jaga kelas tu,ada la budak ni..masa tu exam lukisan...budak ni,punya la rajin dia,15 minit sebelum masa berakhir, dia sapu sampah dalam kelas..bayangkan tengah exam dia buat macam tu..budak2 lain semua dah sengih2,terpinga2..buat x layan je..dia mmg mcm tu..
ini lah antara yang terjadi pada aku kat skolah...


regard:
life is wonderful

Friday, December 31, 2010

Tahniah Malaysia!!!!!

1st of all, tahniah kepada skuad bola sepak negara kerana telah berjaya melayakkan diri ke final AFF SUZUKI CUP 2010 dan sekaligus menyandang gelaran juara. TAHNIAH!!!!

Seingat saya, Malaysia sudah lama tidak menggenggam sebarang piala dalam sukan bola sepak. Sukan bola sepak pada pandangan saya, semakin terkubur dan sudah tiada taringnya. Kali terakhir Malaysia digeruni sebagai Harimau Malaya adalah ketika adanya Allahyarham Mokhtar Dahari atau "Supermokh"-jolokan yang diberikan kepada jaguh bola negara itu. Ketika itu lah, kali terakhir Malaysia dijulang namanya dan mendapat kedudukan tertinggi di pentas bola sepak Asia. Sekitar tahun 1970-1990.

Dengan pelbagai krisis yang berlaku di peringkat pengurusan FAM, Malaysia masih mampu membuktikan kebolehan untuk menaikkan kembali nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Ketua Jurulatih Malaysia, K. Rajagopal dengan penuh keyakinan meletakkan pemain-pemain muda sebagai wakil Malaysia untuk menggalas tanggungjawab membaiki kedudukan Malaysia di pentas bola sepak Asia dan antarabangsa. Ternyata, keyakinan K. Rajagopal terhadap pemain muda negara berbaloi apabila mereka menghadiahkan piala AFF kepada Malaysia. Satu percaturan yang bijak oleh K. Rajagopal. Dengan tidak semena-mena nama pemain-pemain tersebut melonjak naik dan sekaligus melonjakkan nama Malaysia dan membuktikan kebolehan Harimau Malaya.

Senarai nama pemain muda harapan negara yang telah melonjakkan nama negara.

Sesungguhnya, keupayaan pemain-pemain muda ini tidak perlu dipersoalkan lagi. Saya suka dengan cara permainan yang ditunjukkan oleh pemain negara. Mereka telah menunjukkan disiplin yang tinggi dalam permainan. Kesemua pemain telah menunjukkan kebolehan dan bakat masing2 seperti Mohd Safee Sali, yang telah dianugerahkan Top Scorer dan banyak membantu Malaysia menyandang gelaran juara. Begitu juga dengan kehebatan Khairul Fahmi Che Mat, yang berjaya menampan serangan pihak lawan dengan penuh "bergaya" walaupun diganggu oleh pancaran laser oleh penyokong Indonesia. Hantaran hebat yang diberikan oleh Norsharul Idlan Talaha juga banyak membantu Safee Sali menjaringkan gol buat Malaysia. Saya suka dengan kelincahan S. Kunalan ketika di padang yang banyak memberikan saingan kepada pihak lawan. Pemain2 tersebut antara yang menyerlah dimata saya, saya yang 'buta' tentang bola. (sikit2 tu tau la, sblm ini x amik port pun psl bola nih...i'm not a fanatic)) Ada juga pemain yang saya lihat tidak mahu "berkongsi bola" bersama rakan pasukan yang lain. Apa yang penting...kerjasama...

Sebelum berlepas ke Indonesia.
Biarpun pelbagai ancaman ketika di Indonesia, para pemain tidak melatah, malah mereka menjadi lebih bersemangat.

I'm so proud of them..

Mohd Safee Sali...penjaring terbanyak AFF SUZUKI CUP 2010..
Syabas!!!!!!!

Believe it or not...
Rio Ferdinand pun tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Malaysia..

TAHNIAH!!!!!!!
TAHNIAH!!!!!!!

regard:
LOVE>>>LIVE
(p/s:: penulis bukan fanatik bola,so, xbyk yg penulis tahu ttg bola. apa yang ditulis adalah berdasarkan pengetahuan sedia ada, pembacaan, pertanyaan kpd uncle google, dan pemerhatian melalui mata kasar-yang tidak diperhalusi sehalus-halusnya. Jadi, ada aku kisah...it my opinion bah)

Thursday, December 30, 2010

Sunday, December 26, 2010

CERITERA CINTA SEORANG "AKU" - 3



Di dalam Villa Karmila

AKU berlari memanjat tangga rumah menuju ke bilik. Setiap kata-kata yang keluar dari mulut papa amat menyakitkan hati. Aku tidak faham kenapa papa sanggup membuat keputusan penting tersebut tanpa berbincang denganku terlebih dahulu. Keputusan itu melibatkan masa depanku, kehidupan AKU. Papa tiada hak untuk menentukan kehidupan AKU. AKU tidak setuju dengan keputusan papa. Tetapi untuk membantah keputusan tersebut amat berat bagiku, ini kerana kali pertama aku tidak sependapat dengan papa.

Pintu bilik AKU diketuk. AKU memandang pintu dengan pandangan yang kabur dek air mata. Saat itu, pintu bilik sudah terkuak. Sesusuk tubuh masuk melalui pintu itu dan menghampiri AKU. Dia duduk di birai katil menunggu AKU berbicara.

AKU: kenapa papa sanggup buat macam tu, ma?


Setelah lama berdiam diri, AKU akhirnya bersuara juga dalam esak tangisnya. Mama mencapai tangan AKU dan mengusapnya lembut, memberi kekuatan dan semangat.


Mama: apa yang papa buat tu untuk kebaikan kamu juga.
AKU: tapi, ma. Papa harus bincang dengan saya dulu. Ini tentang masa depan saya, ma.
Mama: keputusan papa sudah bulat. Mama sendiri pun tidak boleh membantah lagi. Kalau putih katanya, putihlah.
AKU: mama, please. Saya tak mahu kahwin dulu. Masih banyak perkara yang perlu saya lakukan. Masih banyak perkara yang belum selesai lagi.

Mama merenung AKU. Rasa belas membuak terhadap anak gadisnya itu. Dia sedar dilemma yang sedang dihadapi anaknya, namun dia tiada cara untuk membantu. Untuk memujuk suaminya agar membatalkan majlis pertunangan itu adalah sesuatu yang mustahil. Dia sudah banyak kali memujuk suaminya itu, namun keputusannya tetap sama. Anaknya tetap akan dijodohkan dengan anak sahabatnya. Konon untuk mengeratkan lagi hubungan persahabatan mereka. Tarikh pertunangan sudah ditetapkan cuma menunggu hari untuk dilaksanakan.



Dalam taman villa karmila

PAGI itu,aku duduk di atas kerusi di taman sambil memainkan cincin dijari manisku..cincin itu terletak elok dijariku beberapa bulan sebelumnya. Dalam masa sebulan lagi aku akan menjadi isteri orang. Seseorang yang aku tidak kenal. Seseorang yang hanya aku kenali dari mulut papa dan mama. Seseorang yang aku kenal sekadar melihat gambarnya sahaja.
Malam ini pertemuan pertama aku dengan bakal suami. Aku cuba menjangkakan apa yang akan terjadi antara kami, apa yang mungkin kami bualkan dalam pertemuan yang pertama itu nanti. Pelbagai kemungkinan yang aku jangkakan., tapi satupun tidak dapat memberikan ketenangan kepadaku. Aku masih resah memikirkan kemungkinan yang bakal terjadi. Mungkin kah dia juga terpaksa dan akhirnya kami akan putuskan pertunangan ini. Atau mungkin dia akan terima perkahwinan ini. Atau mungkin dia sudah berkahwin secara senyap-senyap... atau mungkin.... atau mungkin...arrgghhh..


Mama: cepatlah bersiap. Kita gerak sekarang.
Mama datang menyapa bersama satu arahan. Aku hanya tunduk tidak memandang ke arah mama. Aku masih membatukan diri di kerusi. Mama duduk di kerusi di sebelahku apabila aku tidak berganjak langsung.
Mama: malam ni perjumpaan pertama kamu berdua, jadi kamu mesti ikut mama. Kita pergi ke salun dan shopping sikit. Ok?
Arrrggghhh... mama sudah jadi seperti papa. Langsung tidak menghiraukan perasaan aku. Aku tidak akan setuju dengan perkahwinan ini. Mama menghampiriku. Tangannya mengusap lembut rambutku.
Mama: sayang, mama faham perasaan kamu sekarang. Tapi ini untuk kebaikan kamu juga. Tolonglah...jangan jatuhkan air muka mama dan papa di hadapan keluarga mereka.
Aku: mama..
suaraku lirih. AKU memegang tangan mama. Ahhh..mama dengan 'taktik kotor'nya lagi. Aku tidak sanggup mama merayu sebegitu dihadapan ku. Aku merenung wajah mama. Tersenyum kelat. Taktik mama, dari dulu hingga sekarang sentiasa berkesan. Aku walaupun tidak suka, tetapi apabila mama merayu, hatiku runtun. Tidak sanggup mendengar mama meminta pertolongan, merayu di hadapan anaknya sendiri. Aku bangun dari kerusi..
Aku: baiklah...kita shopping..
aku cuba menceriakan sedikit suaraku untuk menggembirakan hati mama. Mama tersenyum. Mungkin gembira kerana 'taktik kotornya' berjaya. Aku naik ke bilik untuk mandi dan bersiap-siap untuk shopping.

Di hotel Hilton

Pertama kali berjumpa memang terasa janggal. Aku sendiri tidak berharap sangat pada pertemuan ini. Aku mengenakan kurung moden sarat berlabuci, dipadankan dengan tudung dari koleksi aryani. Mama kurang bersetuju dengan penampilanku, tapi inilah aku. Suka atau tidak mama harus terima.

Pertemuan yang dijanjikan pada pukul 8.00 malam. Aku sampai 15 minit lebih awal, seboleh-bolehnya, biarlah pertemuan ini berjalan lancar. Hatiku sedikit berdebar. Aku menunggu di satu sudut tidak jauh dari pintu masuk restoran. Aku sengaja memilih tempat yang agak terbuka untuk mengurangkan gugup dan agar senang aku meninjau pintu masuk.

Seorang pemuda melangkah masuk ke pintu restoran. Daripada gambar yang pernah aku tengok sebelum ini, itu adalah bakal suamiku. Tapi, siapa perempuan di sampingnya itu???????