Saturday, March 24, 2012

Kenapa Aku DIUJI - fasa peralihan hidup

bismillahhirrahmanirrahim....

persoalan 'kenapa aku diuji' membawa aku bermuhasabah diri...
membawa aku kembali meneliti kehidupan aku sebelum DIUJI ALLAH s.w.t dengan ujian yang aku sendiri tidak pernah menduga...

kehidupan aku bermula dengan sangat lancar (i guess)..sepanjang ingatan aku la..
biarlah aku bermula d sekolah menengah..cita sikit la, betapa mudah laluan aku mencapai apa yang aku nak sehingga aku menjadi AKU yang sekarang...

di sekolah menengah,semua berjalan lancar..result peperiksaan ok-ok..
pastu naik tingkatan 4A..kira kelas top la di sekolah,amik prinsip akaun, ekonomi asas..
result SPM membolehkan aku ditawarkan ke Matrikulasi Labuan..

di Labuan, so far xde masalah sangat..
kos sara hidup murah, family juz bank in rm50 je sebulan, aku rasa itu sudah lbh dr ckp,msa tu la..hampir setiap minggu outing..tambang bas hanya 60sen..seronok la..balik je,tgn penuh dengan barang mknn..coklat msti ada..

lepas Matrikulasi, dengan pointer 3.something...dapat la tawaran UNIMAS (Human Resource Development)..masa tu nak amik akaun sbb result akaun membanggakan,tp ntah kenapa xdpt..ujian la tu...tp x la kecewa sgt..dpt jgk msk U..di UNIMAS pun xde cabaran sangat,result ok..x mengulang paper..jam kredit setiap semester ckp...so far so good la..
semua berjalan lancar kan..

lepas UNIMAS,x lama sgt menganggur,dpt jd guru ganti slama hampir 3bln d SMK Semera, lps tu GSTT di SMK Asajaya..sekolah aku..lubuk ilmu aku..masa ni ada la sikit ujian..3 kali mohon Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI) xdapat..interview pun xlepas..semasa jd GSTT ni la aku pertama kalinya diperkenalkan oleh kwn2 kepada Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)..sumpah..aku baru dengar pasal ni..masa tu..so, bila DPLI dibuka penawaran pada thn 2010 tersebut,aku mohon la..cba nasib..alhamdulillah, rupanya ALLAH s.w.t ada rancangan lain untuk aku..masa isi borang ni la, aku berniat..kalau dapat tawaran ni,aku nak mengajar di kawasan sendiri..mendidik anak2 di kawasan sendiri...
aku dapat tawaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam jurusan Pengajian Am..
mudah kan laluan hidup aku...
kadang2 tu..bila otak ni x betul sikit..selalu fikir
"alahai..mudahnya hidup aku..xde cabaran ke mcm org lain"
"senang nye hdp aku..x mencabar"
"aku nak rasa la cabaran mcm org lain"
masa ni sll tgk n bca kisah hidup org lain..yang buat perkara2 mencabar dlm hidup mereka..mengharungi penyakit..mengharungi kesusahan..

rasanya, fasa pertama peralihan hidup aku bermula setelah mendapat tawaran DPLI..
hubungan yang aku bina mencecah 4thn terputus tgh jln..sedih gilerrrr...nangis jgn cakap la..mmg itu je keje aku sblm fly ke UPSI..
Maha Suci ALLAH s.w.t mengaturkan perjalanan aku ke UPSI selepas kecewa centa..untuk melupakan kenangan di Sarawak..diaturkan Nya perjalanan aku ke UPSI..
di UPSI,aku jumpa rakan2 yang sangat happening..rakan baik aku,rakan kuliah yang happening gilerrr..Liza,Mel,Shima n Zura..kami berlima sentiasa bersama..pergi ke Felda Sungai Klah..kolam air panas..jln2 di Piramid Plaza,Tambun..pernah terjadi aku terpegang sandal kulit babi..terus fobia warna pink..hahaah
semester 2,alhamdulillah ada kereta kak ipar shima..puas la b'jln2 smpai tghmlm..supper di kedai mamak..lunch d perak,dinner di selangor..hahah
lepas tu ada plak geng2 yang 1 kumpulan buat projek,aktiviti kemasyarakatan utk paper sekolah dan masyarakat..group ni pun happening..buat konvoi..pegi cari sponsor..best glerr..ktorang jd sgt rapat..
pernah 1mlm tu,gerhana bulan..kami pergi ke tasik Proton City,siap ada tikar,mknn,minuman...konon nak tgk gerhana bln la..amik gmbr..berseronok,tiru gaya rkn2 dlm klas...happening glerrr...hahahha..smpaikan ada pakcik dtg tegur kami buat bising kat situ..lps kena tegur tu,baru la kami bersurai.hahahaha...rindu betul la kat korang ni.
lepas tu,jumpa plak housemate yang juga happening n kecoh..Kak Atie@umi, Kak Dor, Ieda, Fida, Kak As, Kak Nina (pembekal buah durian)..
mereka smua rajin msk,aku...tukang makan je..
pernah Fida masak tghmlm smpai terbakar dapur..hahaha
Kak Nina...bekalkan buah durian 1 bakul...mmmm..aku la yang paling seronok..paling best durian tu elok2 blaka..sarapan durian,lunch durian,dinner durian..supper durian..durian aje..
Umi aku..kak atie..masak best2..kak dor,ajarkan main gitar..Fida pun ajarkan jugak..nyanyikan ktorg dgn lgu2 ciptaannya..kwn2 blok sebelah tegur rumah kami paling bising smpai tghmalm,n even smpai pg..
ptg2 buat poco2...aerobik..kat umh..wahhhh..seronok betul...semua gler n sporting..sehinggakan aku langsung lupa pada kenangan pahit aku..Maha Bijaksana ALLAH s.w.t merancang hidup aku..

fasa kedua: slps DPLI, aku ditawarkan mengajar di SMK Asajaya,lubuk ilmu bagi aku..alhamdulillah spt yg aku hajatkan sms mengisi borang dulu..mula2 semua berjalan lancar..jumpa rakan baru..NIK, FAIZ, CHAI YEW LEE...inaz,kunah..kak norhayati (kak nor) n sorang gik..rpat ngan aku Kak Nor juak (kak Norizan)..happening juak.g mkn steambot, karaoke..hjg bln..kluar..kebetulan,aku ada kereta..so senangla nak merayau2..
sehingga la aku di diagnose kanser oleh doktor..aktiviti pun kurang..(part ni dah cita dlm entry sblm ni)
yang aku nak cite..bagaimana ALLAH s.w.t mengatur n merancang segalanya utk aku..sebelum dpt tahu ttg penyakit aku,terlebih dahulu ALLAH kenalkn aku dengan ustaz S..alhamdulillah ustaz S sentiasa ambil berat n sokong, n beri semangat,tazkirah...dan mcm2 lagi..aku tok bknnya kuat glak pun,maklum la laluan hdp aku senang jak sblm tok..xda nemu perkara yg mencabar..nahhhhhh,skali ALLAH nak uji aku..aku tanya "kenapa aku" "kenapa kanser" kenapa stage 3-4"
ALLAH s.w.t tahu,selain family,rakan2..aku perlukan seseorang utk memberi semangat,maka DIA kenalkan aku dengan Ustaz S yang sangat memahami n sentiasa menyokong sehingga sekarang..walaupun aku pernah suarakan rasa bersalah padanya..tp ustaz xmaok dgr aku sebut psl ya gik..huhuhhh...

fasa ketiga: penyakit aku datang tepat pada masa..tepat pada masanya aku amik insurans,so blh la claim utk rawatan..tepat pada masanya,aku disahkan dalam jawatan..so,dapat la gunakan kemudahan yang disediakan...

so..kenapa perlu bertanya "kenapa aku diuji?"
sedangkan sebelum datang ujian pelbagai nikmat telah ALLAH s.w.t berikan kepada aku.even sepanjang ujian ini,ALLAH berikan kemudahn bagi aku untuk melalui cabaran ini...

ini yang dapat aku fikirkan.....
kenapa ALLAH s.w.t. menguji aku..
mungkin..kurangnya aku bersyukur atas nikmat yang tlh diberikan..
Allah s.w.t ingin memberikan peringatan kepada aku dan
ALLAH s.w.t sayang kan aku (spt kata ustaz S)
ALLAH s.w.t mendengar apa yang pernah aku katakan sblm ini...inginkan hidup yg mencabar..maka ALLAH s.w.t berikan aku cabaran ini agar aku merasa apa yang orang lain rasa..
ujian ini tanda ALLAH s.w.t ingat pada aku,lantas menguji aku..menguji keimanan aku kpdNya..menguji kecintaan aku kepadaNya supaya tidak melebihi kecintaan aku pada hambaNya yang lain..

seperti kata Ustaz Mohd Asyraf (IM Asyraf)
ALLAH menguji kita dgn pelbagai perkara..kesenangan,kefakiran,kesejukan,kesakitan,peperangan dan sebagainya..
sakit fizikal adalah nikmat dan sakit hati(sakit rohani) adalah musibah katanya..
so..aku sekarang sedang merasa nikmat..
kenapa perlu aku bertanya lagi????
ALLAH sedang memberikan aku kenikmatan..
hampir sebulan d Putrajaya Hospital membawa aku berfikir mcmni..
aku bkn lah seorang yang kuat..sebenarnya aku sangat lemah,fizikal,mental dan rohani untuk menghadapi dugaan ini..tp ALLAH s.w.t merupakan perancang terbaik..DIA telah merancang hidup aku dengan sangat teliti,tidak pernah aku terfikirkan sehinggalah ke saat ini..
diharap dengan dugaan ini..aku menjadi seorang hamba yang lebih baik..dan sentiasa bersyukur,bersabar,pasrah,redha dan ikhlas menjalani ujian hidup dan fasa peralihan terbesar dalam hidup aku..
ingat 1 perkara,ALLAH s.w.t tidak akan menguji hambaNya di luar kemampuan hambaNya..jadi aku rasa aku mampu la menghadapi ujian ini..
hopefully...

so..kawan2..kalau diuji,cuba fikirkan dgn cara yang lebih positif,kita akn jumpa hikmah disebaliknya..
dan kita akan rasa lebih bersyukur kerana kita diuji..dan akan rasa cemburu bila ALLAH s.w.t tidak menguji kita..yang penting,jangan pernah salah faham pada segala ujian yang ALLAH s.w.t timpakan ke atas kita..
tidak perlu lagi bertanya soalan "kenapa aku diuji"...ini adalah kerana kasih sayang ALLAH s.w.t pada kita.

masa jumpa doktor semalam 23march2012...doktor sampaikan 1 berita buruk..akan share pada entry akan datang...insyaALLAH..

regard:
life is juz wonderful..
kalau kita ambil masa untuk fikirkan smua ini..

No comments:

Post a Comment