Thursday, July 29, 2010

CERITERA CINTA SEORANG "AKU" - 1

Ceritera cinta seorang ‘AKU’
Watak utama: aku dan sang kekasih
Pendukung watak: sahabat-sahabat aku
Sahabat-sahabat kekasih

Suatu petang di KFC (bukan Kentucky Fried Chicken tapi di Keranji Food Court, UNIMAS). Suasana petang sangat tenang kerana kebanyakan siswa-siswi menghadiri kuliah, bermalas-malasan di bilik, dan mengikuti aktiviti senggang. AKU di sini bersama sang kekasih, bicara tentang cinta. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa wajah, air tasik berkocak tenang disapa angin, namun kolam hatiku tidak setenang kocakan air tasik, tidak sesepoi bahasa angin petang.
AKU: Kenapa harus berpisah?
Kekasih: Kerana kau terlalu baik. Aku tidak sampai hati.
AKU: Adakah aku perlu menjadi jahat agar kita tidak berpisah?
Kekasih: Tak perlu. Kekalkan kebaikan hatimu. Kau akan peroleh orang yang lebih baik daripada aku, orang yang selayaknya berdampingan denganmu.
AKU: Engkaulah orang yang selayaknya berdamping denganku.
Kekasih: Aku tidak layak untuk memandang wajahmu pun. Apatah lagi untuk mendampingimu.
AKU: Layak atau tidak, itu aku yang tentukan. Ini dalah pilihanku untuk bersama denganmu. Dan, aku igin terus bersamamu dalam apa jua keadaan.
Kekasih: Jodoh pertemuan, ajal maut…itu semua di tangan TUHAN.
AKU: Habis, mengapa kau begitu pasti yang kau tidak layak berdamping denganku. Jodoh pertemuan di tangan TUHAN.
Kekasih: Kerana aku sedar siapa diriku. Aku tidak setanding denganmu. Aku tidak mampu ‘berdiri sama tinggi denganmu dan duduk sama rendah denganmu’…
AKU: Owhh… Jadi, ini berkaitan darjat. Soal kedudukan… ini semua tidak penting bagi aku.

Sang kekasih hanya tunduk membisu. AKU mulai mengerti punca sebenar perpisahan ini.

AKU: Kenapa kita harus menyerah kalah sekarang. Mengapa tidak kita jadikan perbezaan ini sebagai kelebihan kita?. Mengapa tidak kita jadikan ia sebagai pembakar semangat kita? Bukankah kita sama-sama sudah berjanji?
Kekasih: Kita hanya mampu merancang, sayang.

Girl dormitory, Kolej Allamanda.
Sahabat: Aku tahu kau masih sayangkan dia, tapi kau tak boleh biarkan perasaan itu menganggu konsentrasi kau terhadap pelajaran. Kau kena ingat, ini tahun terakhir kita di sini.
AKU: Kau kan tahu perasaan aku selama ini.
Sahabat: Itu aku tahu dan aku faham. Tapi apa yang penting sekarang, kau harus tumpukan perhatian pada pelajaran. Jangan biarkan dirimu terus hanyut. Kekecewaan itu hanya sementara, ia akan hilang mengikut peradaran masa dan kau harus kembalikan semula semangatmu itu.


Boy dormitory, Kolej Allamanda.
Kekasih: Aku terpaksa.
Sahabat: Bukankah itu pengecut namanya??
Kekasih: Aku tidak mahu memberikan harapan palsu padanya.
Sahabat: Kau sudah memberikannya harapan pada hari pertama percintaan kamu. Selama hampir tiga tahun harapan itu mekar dihatinya, dan kini kau ingin merampasnya begitu sahaja.
Kekasih: Jika aku terus bersamanya, itu hanya akan menambahkan lagi luka dihatinya. Aku tidak mahu dia menderita kerana aku.
Sahabat: Apa kau fikir dia akan bahagia apabila kau tinggalkan dia begitu.
Kekasih: Aku yakin dia akan melupakan kekecewaannya. Sepasang kekasih tidak semestinya akan bersama, kan?
Sahabat: Tapi, setiap kekasih mengharapkan mereka akan bersama sehingga ke akhir hayat mereka. Kau akan menyesal kerana tinggalkan dia.
Kekasih: Jika ini yang terbaik untuk kami berdua, inilah yang akan aku lakukan. Aku serahkan segalanya di tangan TUHAN. Biar DIA yang tentukan jodoh aku. Biar DIA yang tentukan jodoh kami berdua.

Suatu pagi pada hari konvokesyen.
Enam sahabat sedang rancak berbual di sebuah gerai makanan yang banyak terdapat di kawasan parkir, yang sememangnya disediakan untuk gerai-gerai pada pesta konvokesyen. Sesusuk tubuh yang berdiri si hadapan mereka sambil memberi salam sangat mengejutkan. Tiga bulan tidak berjumpa, sang kekasih sudah berubah terlalu jauh, terutama pada ucapan salamnya. Apa yang peliknya? Apa yang hairannya? Biasalah orang memberi salam….

No comments:

Post a Comment