Sunday, March 25, 2012

AKU dan ubat....

medicine is my biggest problem so far.....

sebelum ni.....
kalau demam x makan ubat pun blh sembuh..
selsema, minum madu..
batuk...x mkn ubat pun,sembuh gak kadang2..ada la jugak,minum ubat batuk sesudu dua..tp setakat tu je la..

sekarang ni...
ada dua jenis ubat yang nak kena makan seumur hidup..
hidup bergantung dengan ubat-ubatan..

before breakfast:
ubat : T.L-thyroxine 100mcg
2 biji sekali sehari..
(ubat ni kena mkn seumur hidup)

after breakfast:
ubat : calcium lactate
3 biji sekali makan (ubat ni kena tumbuk,sbb besar,xleh nak telan..nnt sangkut plak kat tekak-ni ubat wajib gak)
sampingan.....
ubat : salbutamol (ventolin)
2 biji
ubat : T. Prednisolone
2 biji..tp dose akan semakin b'kurang dr sehari ke sehari hgga habis..
(ni kena mkn sbb bru lps terapi..habis stok ni,xyah mkn lagi dah..)
pastu,kena amik vitamin B-complex..sebiji sehari
kena mkn vitamin utk tambahkan berat bdn
(utk pengetahuan semua,berat bdan sya menurun sebayak hampir 10kg..bygkan berapa je berat sya skrg ni)

after lunch:
calcium lactate-3 biji
T.Prednisolone-2 biji
salbutamol-2 biji

after dinner:
calcium lactate-3 biji
T.Prednisolone-2biji
salbutamol-2 biji

ada beberapa lagi ubat sampingan...
ubat untuk muntah..
batuk,
kahak,
antibiotik (rasa hampas kayu..terpaksa tumbuk sbb sgt besar)
panadol..
ubat tahan sakit..
(sbb sll demam,almost every week demam...
doc kata,"mmg awak akan selalu demam disebabkan oleh kanser awak,bdn awak lemah,kurang antibodi...jadi kena byk makan nasi la..demam ke,x demam ke..makan nasi byk sikit.."
air liur pahit,kalau demam..mkn je,msti muntah..
"mmg mcm tu..awk mst kuat..awak msh muda"
lidah saya rasa makin tebal,n beberapa tunas rasa ni mcm ternaik sikit..pedih la..(yang ni lupa plak nak mengadu kat doc...huhhhh)

di rumah..
saya ada satu bekas besar untuk simpan semua ubat-ubatan saya..
sentiasa penuh...

biarpun pahit,terpaksa ku telan jua...
mana ada ubat yang manis rasanya..

regard::
life is juz wonderful
walaupun ada trun naiknya..
jalani hidup anda sebaiknya ye..


Saturday, March 24, 2012

Kenapa Aku DIUJI - fasa peralihan hidup

bismillahhirrahmanirrahim....

persoalan 'kenapa aku diuji' membawa aku bermuhasabah diri...
membawa aku kembali meneliti kehidupan aku sebelum DIUJI ALLAH s.w.t dengan ujian yang aku sendiri tidak pernah menduga...

kehidupan aku bermula dengan sangat lancar (i guess)..sepanjang ingatan aku la..
biarlah aku bermula d sekolah menengah..cita sikit la, betapa mudah laluan aku mencapai apa yang aku nak sehingga aku menjadi AKU yang sekarang...

di sekolah menengah,semua berjalan lancar..result peperiksaan ok-ok..
pastu naik tingkatan 4A..kira kelas top la di sekolah,amik prinsip akaun, ekonomi asas..
result SPM membolehkan aku ditawarkan ke Matrikulasi Labuan..

di Labuan, so far xde masalah sangat..
kos sara hidup murah, family juz bank in rm50 je sebulan, aku rasa itu sudah lbh dr ckp,msa tu la..hampir setiap minggu outing..tambang bas hanya 60sen..seronok la..balik je,tgn penuh dengan barang mknn..coklat msti ada..

lepas Matrikulasi, dengan pointer 3.something...dapat la tawaran UNIMAS (Human Resource Development)..masa tu nak amik akaun sbb result akaun membanggakan,tp ntah kenapa xdpt..ujian la tu...tp x la kecewa sgt..dpt jgk msk U..di UNIMAS pun xde cabaran sangat,result ok..x mengulang paper..jam kredit setiap semester ckp...so far so good la..
semua berjalan lancar kan..

lepas UNIMAS,x lama sgt menganggur,dpt jd guru ganti slama hampir 3bln d SMK Semera, lps tu GSTT di SMK Asajaya..sekolah aku..lubuk ilmu aku..masa ni ada la sikit ujian..3 kali mohon Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI) xdapat..interview pun xlepas..semasa jd GSTT ni la aku pertama kalinya diperkenalkan oleh kwn2 kepada Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)..sumpah..aku baru dengar pasal ni..masa tu..so, bila DPLI dibuka penawaran pada thn 2010 tersebut,aku mohon la..cba nasib..alhamdulillah, rupanya ALLAH s.w.t ada rancangan lain untuk aku..masa isi borang ni la, aku berniat..kalau dapat tawaran ni,aku nak mengajar di kawasan sendiri..mendidik anak2 di kawasan sendiri...
aku dapat tawaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam jurusan Pengajian Am..
mudah kan laluan hidup aku...
kadang2 tu..bila otak ni x betul sikit..selalu fikir
"alahai..mudahnya hidup aku..xde cabaran ke mcm org lain"
"senang nye hdp aku..x mencabar"
"aku nak rasa la cabaran mcm org lain"
masa ni sll tgk n bca kisah hidup org lain..yang buat perkara2 mencabar dlm hidup mereka..mengharungi penyakit..mengharungi kesusahan..

rasanya, fasa pertama peralihan hidup aku bermula setelah mendapat tawaran DPLI..
hubungan yang aku bina mencecah 4thn terputus tgh jln..sedih gilerrrr...nangis jgn cakap la..mmg itu je keje aku sblm fly ke UPSI..
Maha Suci ALLAH s.w.t mengaturkan perjalanan aku ke UPSI selepas kecewa centa..untuk melupakan kenangan di Sarawak..diaturkan Nya perjalanan aku ke UPSI..
di UPSI,aku jumpa rakan2 yang sangat happening..rakan baik aku,rakan kuliah yang happening gilerrr..Liza,Mel,Shima n Zura..kami berlima sentiasa bersama..pergi ke Felda Sungai Klah..kolam air panas..jln2 di Piramid Plaza,Tambun..pernah terjadi aku terpegang sandal kulit babi..terus fobia warna pink..hahaah
semester 2,alhamdulillah ada kereta kak ipar shima..puas la b'jln2 smpai tghmlm..supper di kedai mamak..lunch d perak,dinner di selangor..hahah
lepas tu ada plak geng2 yang 1 kumpulan buat projek,aktiviti kemasyarakatan utk paper sekolah dan masyarakat..group ni pun happening..buat konvoi..pegi cari sponsor..best glerr..ktorang jd sgt rapat..
pernah 1mlm tu,gerhana bulan..kami pergi ke tasik Proton City,siap ada tikar,mknn,minuman...konon nak tgk gerhana bln la..amik gmbr..berseronok,tiru gaya rkn2 dlm klas...happening glerrr...hahahha..smpaikan ada pakcik dtg tegur kami buat bising kat situ..lps kena tegur tu,baru la kami bersurai.hahahaha...rindu betul la kat korang ni.
lepas tu,jumpa plak housemate yang juga happening n kecoh..Kak Atie@umi, Kak Dor, Ieda, Fida, Kak As, Kak Nina (pembekal buah durian)..
mereka smua rajin msk,aku...tukang makan je..
pernah Fida masak tghmlm smpai terbakar dapur..hahaha
Kak Nina...bekalkan buah durian 1 bakul...mmmm..aku la yang paling seronok..paling best durian tu elok2 blaka..sarapan durian,lunch durian,dinner durian..supper durian..durian aje..
Umi aku..kak atie..masak best2..kak dor,ajarkan main gitar..Fida pun ajarkan jugak..nyanyikan ktorg dgn lgu2 ciptaannya..kwn2 blok sebelah tegur rumah kami paling bising smpai tghmalm,n even smpai pg..
ptg2 buat poco2...aerobik..kat umh..wahhhh..seronok betul...semua gler n sporting..sehinggakan aku langsung lupa pada kenangan pahit aku..Maha Bijaksana ALLAH s.w.t merancang hidup aku..

fasa kedua: slps DPLI, aku ditawarkan mengajar di SMK Asajaya,lubuk ilmu bagi aku..alhamdulillah spt yg aku hajatkan sms mengisi borang dulu..mula2 semua berjalan lancar..jumpa rakan baru..NIK, FAIZ, CHAI YEW LEE...inaz,kunah..kak norhayati (kak nor) n sorang gik..rpat ngan aku Kak Nor juak (kak Norizan)..happening juak.g mkn steambot, karaoke..hjg bln..kluar..kebetulan,aku ada kereta..so senangla nak merayau2..
sehingga la aku di diagnose kanser oleh doktor..aktiviti pun kurang..(part ni dah cita dlm entry sblm ni)
yang aku nak cite..bagaimana ALLAH s.w.t mengatur n merancang segalanya utk aku..sebelum dpt tahu ttg penyakit aku,terlebih dahulu ALLAH kenalkn aku dengan ustaz S..alhamdulillah ustaz S sentiasa ambil berat n sokong, n beri semangat,tazkirah...dan mcm2 lagi..aku tok bknnya kuat glak pun,maklum la laluan hdp aku senang jak sblm tok..xda nemu perkara yg mencabar..nahhhhhh,skali ALLAH nak uji aku..aku tanya "kenapa aku" "kenapa kanser" kenapa stage 3-4"
ALLAH s.w.t tahu,selain family,rakan2..aku perlukan seseorang utk memberi semangat,maka DIA kenalkan aku dengan Ustaz S yang sangat memahami n sentiasa menyokong sehingga sekarang..walaupun aku pernah suarakan rasa bersalah padanya..tp ustaz xmaok dgr aku sebut psl ya gik..huhuhhh...

fasa ketiga: penyakit aku datang tepat pada masa..tepat pada masanya aku amik insurans,so blh la claim utk rawatan..tepat pada masanya,aku disahkan dalam jawatan..so,dapat la gunakan kemudahan yang disediakan...

so..kenapa perlu bertanya "kenapa aku diuji?"
sedangkan sebelum datang ujian pelbagai nikmat telah ALLAH s.w.t berikan kepada aku.even sepanjang ujian ini,ALLAH berikan kemudahn bagi aku untuk melalui cabaran ini...

ini yang dapat aku fikirkan.....
kenapa ALLAH s.w.t. menguji aku..
mungkin..kurangnya aku bersyukur atas nikmat yang tlh diberikan..
Allah s.w.t ingin memberikan peringatan kepada aku dan
ALLAH s.w.t sayang kan aku (spt kata ustaz S)
ALLAH s.w.t mendengar apa yang pernah aku katakan sblm ini...inginkan hidup yg mencabar..maka ALLAH s.w.t berikan aku cabaran ini agar aku merasa apa yang orang lain rasa..
ujian ini tanda ALLAH s.w.t ingat pada aku,lantas menguji aku..menguji keimanan aku kpdNya..menguji kecintaan aku kepadaNya supaya tidak melebihi kecintaan aku pada hambaNya yang lain..

seperti kata Ustaz Mohd Asyraf (IM Asyraf)
ALLAH menguji kita dgn pelbagai perkara..kesenangan,kefakiran,kesejukan,kesakitan,peperangan dan sebagainya..
sakit fizikal adalah nikmat dan sakit hati(sakit rohani) adalah musibah katanya..
so..aku sekarang sedang merasa nikmat..
kenapa perlu aku bertanya lagi????
ALLAH sedang memberikan aku kenikmatan..
hampir sebulan d Putrajaya Hospital membawa aku berfikir mcmni..
aku bkn lah seorang yang kuat..sebenarnya aku sangat lemah,fizikal,mental dan rohani untuk menghadapi dugaan ini..tp ALLAH s.w.t merupakan perancang terbaik..DIA telah merancang hidup aku dengan sangat teliti,tidak pernah aku terfikirkan sehinggalah ke saat ini..
diharap dengan dugaan ini..aku menjadi seorang hamba yang lebih baik..dan sentiasa bersyukur,bersabar,pasrah,redha dan ikhlas menjalani ujian hidup dan fasa peralihan terbesar dalam hidup aku..
ingat 1 perkara,ALLAH s.w.t tidak akan menguji hambaNya di luar kemampuan hambaNya..jadi aku rasa aku mampu la menghadapi ujian ini..
hopefully...

so..kawan2..kalau diuji,cuba fikirkan dgn cara yang lebih positif,kita akn jumpa hikmah disebaliknya..
dan kita akan rasa lebih bersyukur kerana kita diuji..dan akan rasa cemburu bila ALLAH s.w.t tidak menguji kita..yang penting,jangan pernah salah faham pada segala ujian yang ALLAH s.w.t timpakan ke atas kita..
tidak perlu lagi bertanya soalan "kenapa aku diuji"...ini adalah kerana kasih sayang ALLAH s.w.t pada kita.

masa jumpa doktor semalam 23march2012...doktor sampaikan 1 berita buruk..akan share pada entry akan datang...insyaALLAH..

regard:
life is juz wonderful..
kalau kita ambil masa untuk fikirkan smua ini..

Thursday, December 15, 2011

Menjadi tunangan orang tanpa sedar...


Jika seorang lelaki menyatakan hasrat ke...pada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

sumber: facebook - ambal jernang

Monday, December 5, 2011

Musim Mengawan....

hujung tahun camtok..Musim Mengawan....hahahahaaa (bkn aku mdh,tp org madah..aku nulis jak..)
lucu la...ntah kenak di gelar musim mengawan..
apa maksudnya???
orang madah..(orang madah ok...)
musim mengawan tok, musim org kawen...
biasanya hjg tahun la,
cdak cikgu rami nikah hjg thn tok..
maklum la,cuti skolah..
lepas kawen,terus honeymoon..

anyway...
congratez pada kawan2 yag dah selamat melangsungkan perkahwinan
dan
mereka yang akan melangsungkan perkahwinan...

Saturday, November 12, 2011

Assalamualaikum...Assalamm...

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَ...لَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.


Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ; Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM” dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana “Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana “Semekom” bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi “Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Monday, November 7, 2011

Gambaran Hari Akhirat

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkaka...la (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
a;- Pemimpin yang adil.
b;- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
c;- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
d;- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e;- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
f;- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
g;- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan
gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
d Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

18. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

19. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

20. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

21. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
d Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

22. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

23. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

24. Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
a;- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b;- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c;- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

25. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

26. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

27. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

28. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

a; Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: d77; Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. d78; Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
b; Sedekah/amal jariahnya.
c; Doa anak²nya yang soleh.
d; Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Monday, September 26, 2011

The Operation Day and recovery..

Bismillahirrahmanirrahim....

after a few month, sya decide nak share pengalaman sya selama hampir sebulan d Putrajaya Hospital..bkn apa, sekadar untuk perkongsian..hidup ini kan singkat,so share la pengalaman hidup yang x seberapa ni..tp d harap perkongsian ini x menjadi cerita yang lain pulak lepas ni..mcm perkongsian yang lepas (dgr cita org kata i ni nazak sgt..pergghhhhhh) so hati2 la membaca ye..i msh sihat..getting better n better..insyaallah boleh sembuh..positive thinking n bersabar (pesan dr pak ustaz S)

5 sept 2011
melapor diri di Hospital Putrajaya dgn referral letter dari Doktor.

6 sept 2011
Vocal cord test: peti suara sblh kiri mmg sudah rosak,mungkin dsebabkan sel kanser. so,yang tinggal sebelah kanan je lagi..risiko pembedahan, kalau peti suara terganggu,so, i mute whole life...x nak.....

7 sept 2011
The Operation day (3 version, myself,mom n ustaz S)

1st version: myself
sebelum pembedahan, 3 orang doktor datang menerangkan tentang risiko2 pembedahan dan membawa surat2 perjanjian yang perlu ditandatangani...lps dgr semua tu,i sign je..x tau kenapa. pertama, doctor bius..dia mintak kebenaran utk membius.ok-i said..dia kata mungkin akan lumpuh jugak...ok-i said. saya x sedar apa akan berlaku msa pembedahan.again, i said-ok.dan si doktor..blaa blaa blaa blaa...i ok je...hmmm..dalam fkrn kosong.

doktor kedua, dia kata, msa pembedahan, mcm2 perkara boleh berlaku.mungkin akan berlaku pendarahan.tp jgn risau.kami sudah bersedia dengan perkara itu. adik ada masalah pernafasan kan? ini menyukarkan pembedahan. masa pembedahan nanti, kami akan masukkan tube dalam mulut adik untuk membantu adik bernafas. tapi masalah jugak dik, sbb salur pernafasan adik sudah semakin kecil.adik sendiri nmpk xray tu kan??kami risau tube tu tersumbat dan tidak dpt dimasukkan d situ.tapi ada satu penyelesaian.kami akan buat satu lubang di leher utk membantu adik bernafas. saya angguk je.

doktor ketiga, dia tya dah kawen blom, my answer blom. dia angguk. lps tu dia kata, lps ni kalau kawen, x boleh mengandung dulu, sbb adik mesti menjalani terapi iodin untuk membuang sel kanser. kalau adik mengandung, just in case, selesai terapi, adik berkahwin n mengandung, itu juga berisiko sbb keadaan adik yang lemah. adik mesti berjumpa dengan doktor selalu periksa kandungan. (masa ni ingat my sayang, adohhh..kesiannya)

lepas tu, x tau pukul brapa, nurse dtg suruh tukar baju.kat dalam x payah pakai apa2.pakai baju putih ni je.(baju bedah)

lepas tu aku d usung dgn katil ke bilik bedah..tp x la trus masuk dalam..tggu kat luar kejap..sblm d bius tu, ada someone dtg b'borak kosong..tya mcm2 soalan..layannnnn..hehehe..lepas tu aku x perasan bila aku d bius..aku dah x sedarkan diri..

version 2:mom (mak cite lepas i sedar bbrp hari after operation day)
i msk bilik bedah dlm pukul 11am kalau x silap la...mak n bpk tggu kat luar,mmg x senang duduk la 2 2 nye..kesiannye..adoohhhh..n dgr kata, ni doktor yang kata..(i bertuah sbb yang bedah i doc pakar..Dr. Mayah) pembedahan ni sgt sukar sbb sel kanser tu dah keras mcm batu..pembedahan berlangsung selama hampir 3 jam..lepas operation tu, sya d masukkan ke ICU selama sehari..koma sehari or mayb kesan bius lagi..(tp xkan la kesan bius sampai sehari)
mak kata keadaan aku macam ayam kena sembelih,byk darah d bahagian leher..eeee..geli dgr..huhuuhuuu..mak n bpk x balik umh kazen..sepanjang msa tu diorang tdo kat surau..huhuu

version 3: my ustaz S..
masa tu ustaz ada klas..mmg x tentu pasal la ustaz..kesian juak..lepas kelas,dlm kol 12tghari, ustaz balik umah,b'kurung dalam bilik, buat solat hajat untuk aku..berdoa demi keselamatan aku...huhuhu..terharu ngn ustaz..thanks ya..love..

ok..back to my story..mmg byk darah spt kata mak, bila pertama kali saya tersedar dari koma keesokan harinya, sya cba b'gerak,tp tgn d sya d ikat d sisi katil..kenapa??? saya dgr suara2 d sekeliling..2 org makhluk bcakap (saya x tau la sape,sbb telinga je bka msa tu,mata blom lagi) suara 1: ehhh..berdarah banyak ni..cuci..cuci..
suara 2: dah kena rambut dia la...
suara 1: aaa ahhh...kena cuci gak ni..ambil kain basah..
x lama lps tu,sya rsa sentuhan2 d badan,myb cuci darah,byk la tu kot..lps tu rambut saya d balut dgn kain basah..cuci darah...proses tu x lama..
after a few minute,sya dgr mcm mak saya dtg..sya cba bka mata..cba jgk wlu rsa berat..dlm kesamaran tu nmpk la muka mak..lega..mak tya..kenapa tgn d ikat..mereka jawab..takut patients terkejut n meronta,so,kena ikat..owhhh..terjawab sudah soalan saya td..lepas sadr tu n nmpak muka mak sikit,perkataan pertama yg saya sebut 'nak kencing'...hahahah..lucu gak,tp msa tu saya perasan suara sya x keluar..huhuhh..biarkan dulu,sya nak kencing..saya terfikir,was-was..mcm mana nak kencing,x larat nak bgn ni,x pakai apa2 ni,lps bedah hari tu..nurse tu mcm fhm2 je fkrn aku.."kencing je,xyah risau..kencing je.."....kencing je???basah la kati..fikir aku.."kencing je..ade tube.."..ape??tube???alamak..diorang dah tengok la ni..aduiiii..nak malu apa lagi,dah nak jadi...aku pun dgn was-was..kencing je..lega..katil x basah..

ntah pukul berapa aku d pindahkan dari ICU ke wad bedah..aku masih mamai lagi...dalam wad 2 mggu saya terlantar d katil..beberapa hari sya minum air sahaja..mak suap..saya x dpt bangun langsung...pendek kata,mkn,minum,kencing berak,mandi,atas katil..1 hari tu,sya izinkan nurse yang buat semua,tukar pakaian,lampin,cuci itu ini...tp keesokan harinya,saya x sanggup...mak buat la..malu kat nurse..kat mak pun malu gak,tp apa blh buat...saya xmampu nak buat itu semua..mcm tu la selama 2 mggu..nurse selalu buat suction(sedut kahak)..seksa pun ada gak msa nak kuar kan kahak tu..kat badan ada wayar..untuk oksigen lagi,keluarkan darah kotor lagi(sya x igt la apa nama benda tu..medical term..puas fkr..arrgghhh)..tube kencing lagi..sedikit demi sedikit smua benda tu d tanggalkan dari bdn..bermula dengan tube kencing..bermula la episode,kembali ke zaman baby saya..huhuhuhu...beberapa hari kemudian,benda utk keluarkan darah kotor kat bahagian leher pulak d cabut..masa tu,saya cba bangun dari katil sedikit demi sedikit...duduk ats katil..

mggu ketiga...saya dah boleh ke toilet..1st time g toilet..sya tgk cermin..rupanya leher sya b'lubang..ada tube..trachy istilahnya..(xtau ejaan betul x)..tracheostomy..mcm tu la..tujuannya untuk membantu pernafasan n mengeluarkan kahak..after operation mmg byk kahak sya keluar..mst buat suction sll utk keluarkan..

mggu keempat..keadaan saya bertambah baik atas bantuan staff nurse d Putrajaya..selain mak..sya merayau2 dalam bilik..belajar buat suction sendiri..keadaan bertambah baik..doc pertimbangkan spy sya dpt balik sarawak...

ohhh yee...on sept 13 2011...
saya buat vocal cord test lagi skali..smggu lps operation..keputusannya:: kedua2 vocal cord saya x b'fungsi..sedihnya bila doc kata kedua2 x bergerak,bila doc suruh saya sebut E...saya cba beberapa kali,saya harap ada yang bergerak,tp keputusan msh sama..sya teringat kerjaya sya sebagai seorang guru yang mmg memerlukan suara yang lantang...sedihnya masa tu tuhan saje yang tahu...saya sedar masa tu,betapa saya mencintai kerjaya saya..tapi kekecewaan atas ujian itu..sangat melemahkan semangat saya...beberapa hari saya mengambil masa untuk pulih drpd memikirkan segala kemungkinan yang buruk..nurse yang menemani saya x terkata apa2,bila nmpk saya menangis..sblm kembali ke wad,saya cuci muka n mata..x nak mak nampak saya nangis..saya bagitau smua ok...tidak lama kemudian..datang nurse bagaitau saya,cba ttp lubang d leher n cba cakap..buat sll..insyaallah..kalau suara kluar,blh la ckp..saya cba jugak buat..kluarkan bunyi aaaaa...mula2 mmg x dpt..saya cba lagi,cba lagi..cba lagi n cba lagi..sampai saya penat...akhir nya sya dgr suara saya..."aaaaaaaa"...alhamdulillah..masih ada harapan lagi..keesokn harinya dan seterusnya,sya berlatih...dan akhirnya,sya dpt dengar suara saya semula...alhamdulillah...

lepas tu..kalau x silap 0n sept 28 0r 29 2011...fly to sarawak..diiringi oleh seorang doktor...trus admit di Hospital Kuching Sarawak selama seminggu sebelum balik kpg..sekian kisah saya..

acknowledgement:: thanks to doctors,staff nurse n praktical students at Putrajaya Hospital yang menjaga sya dengan baik, layanan tiptop...rajin tumbuk ubat utk saya (even skrg pun msh mkn ubat tumbuk...yg besar je la), buat suctian x kira masa bila saya panggil..awal pagi,tgh mlm...dtg dgn senyuman..rajin berborak dengan saya(practical students)...macam2 lagi la..paling spesel Dr.Nelson Inhaler..tradisional punya..best sedut guna mulut..berangin..

regard::
life is short, dont make it shorter..
life is short,make it much better
enjoy life
be wonderful...
lot of LOVE