Wednesday, August 10, 2011

Thank You ALLAH s.w.t

BULAN RAMADHAN. Bulan yang mulia dan bulan yang dinantikan oleh seluruh umat Islam..ramai yang mengambil kesempatan di bulan ramadhan ini untuk membersihkan hati mereka, maklum la...bulan ramadhan iblis dan syaitan semua dibelenggu.senang sikit kot,xde siapa nak hasut buat dosa...tapi,jangan lupa, ALLAH tinggalkan nafsu kepada kita. bulan puasa ni adalah jihad menahan hawa nafsu.

ALHAMDULILLAH. kita masih diberi kesempatan menghirup udara di bulan ramadhan ini sekaligus menjalankan ibadah puasa. walaupun ada di kalangan kita ditimpa musibah di bulan ini, ingatlah, itu tanda ALLAH s.w.t sayangkan kita. musibah yang DIA berikan kepada kita secara individu ataupun kepada keluarga adalah tanda ALLAH s.w.t masih sayang dan ingat kewujudan kita di bumi ini.

CUBA BAYANGKAN.....kalau kita tidak pernah ditimpa musibah oleh ALLAH s.w.t, hidup dilimpahi dengan kemewahan, dapat projek berjuta, naik pangkat, dapat bonus drpd bos, laluan hidup kita terlalu mudah..kita mungkin akan lupa siapa diri kita dan dari mana asal kita..seterusnya kita akan lupa Pencipta kita, yang telah melimpahkan rahmatNya kepada kita. kita akan terus lalai dari mengingati ALLAH s.w.t sehingga suatu saat kita terlambat untuk mengingati ALLAH s.w.t.

ANGGAPLAAH....apa sahaja musibah yang sedang dilalui, bencana alam, kemiskinin, kesakitan, kedukaan, keseorangan, sebagai tanda ingatan ALLAH s.w.t kepada kita. redha dengan musibah yang mendatang dan terima dengan senyuman..akhir sekali, ALHAMDULILLAH, thank you ALLAH s.w.t kerana sentiasa mengingati kita, walau seribu langkah kita menjauh dariNya, DIA tetap berada di sisi kita..

INGATLAH.....sebesar manapun dugaan yang ALLAH s.w.t berikan kepada kita, DIA tahu kita mampu untuk menghadapinya kerana ALLAH s.w.t tidak akan menduga kita di luar kemampuan kita. dengan keyakinan ini, bersabarlah wahai rakan-rakan yang ditimpa musibah di bulan ini, yakin dan percaya pada ALLAH s.w.t...ALLAH s.w.t tidak akan membebankan kita dengan dugaan yang tidak mampu kita pikul...yakin dan percaya pada diri kita sendiri...kita mampu menghadapi dugaan tersebut dengan rahmat ALLAH s.w.t, kehadiran keluarga tersayang, rakan-rakan yang mengambil berat dan kekasih tersayang... jangan lupa senyum walau dalam musibah. =)

regard::
thanks to ALLAH
kerana menghadirkan keluarga tersayang,
rakan-rakan yang prihatin,
dan memberikan aku seorang insan yang sangat mengambil berat ttg aku tanpa sebarang syarat
life is juz wonderful =)

No comments:

Post a Comment