Friday, August 12, 2011

HUTANG oh HUTANG

baru 12 Ramadhan...saya rasa pasti ramai yang sudah berkira-kira budget untuk raya, entah-entah sebulan sebelum puasa lagi dah berkira-kira utk raya..cat rumah, langsir baru, sofa baru, baju raya, kek raya, biskut raya, budget utk rumah terbuka...mcm2 la nak difikirkan..

kalau boleh, berbelanjalah ikut kemampuan sendiri..sediakan juadah ala kadar sahaja. jangan sampai berhutang sana sini. sebelum berhutang lagi, igt balik hutang kita yang belum berbayar. kalau boleh tu, jangan la boros sangat sampai membebankan orang lain. belanja tak nak barang yang murah, nak yang mahal jugak...sofa nak yang mahal jugak..

si isteri pulak, jgn berlebih-lebihan..ikut kemampuan suami bila berbelanja..ya, sekarang memang ramai suami isteri sama2 bekerja...tp harus lah seimbangkan..jangan sampai membebankan suami..kalau nak berbelanja tu,sebaik-baiknya, tanya pendapat suami dahulu. kadang2 suami ni, dia x nak kecewakan isteri, walaupun sebenarnya "tiada fulus" dia iakan sahaja permintaan isteri..yang susahnya, suami..

si suami pun satu...kalau dah xde tu, cakap la takde..nak juga diadakan...terpulang la kalau nak adakan juga,tp ikut kemampuan la...kalau meminjam pada org lain...fikirkan org lain tu juga..dia mungkin ada keperluan dia juga..kita mana tahu...sekarangkan ramadhan...nak sambut raya...orang lain tu pun nak beraya dan mcm2 lagi yang perlu dia fikirkan...

saya x kisah orang meminjam,tp kena la beringat sendiri...kalau dah namanya hutang, kena la bayar kan..jangan ingat nak pinjam je...nak bayar tak ingat pulak...saya dah banyak berhadapan dengan org yang suka berhutang dan payah nk bayar ni...sbb itu la saya berhati2 kalau nk meminjam, wang terutamanya..hmmm..ptptn pun x habis byr lagi nih...mak!!! aku hutang bil hospital ngn ktk...saba mak, tggu claim insurans lok...heheh

hutang oh hutang.....harap dapat langsaikan segera..

No comments:

Post a Comment